Ayda Jebat selamat bersalin anak ketiga - 'Selamat datang ke dunia Anggun Mikayla'

Iklan

PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak ketiganya.

Melalui hantaran di Instagram, pelantun lagu Kentoot dan Pencuri Hati itu memuat naik foto suaminya, Nabil Mahir bersama si kecil dinamakan Anggun Mikayla.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Welcome to the world Anggun Mikayla.

"Alhamdulillah 26.01.26 lahirnya seorang puteri yang manis. Terima kasih semua yang mendoakan. Sayang semua," titipnya. 

Iklan

Terdahulu, Nabil berkongsi hantaran bersiap sedia untuk menyambut kehadiran permata hati ketiganya.

"Bismillahirrahmanirahim. Terima kasih ingatkan saya untuk azan dan bukan takbir raya.

Iklan

"Doakan baik-baik untuk isteriku Ayda Jebat," kongsinya.

Sekadar info, Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki sepasang cahaya mata iaitu Ana Nayla, 5 dan Aali Mateen, 3.