Izara selesa jaga anak sendiri, disiplin & adab tak sama jika diserah pada orang lain: 'Mereka jenis 'princess', tak bercampur bebas'

Iklan

PELAKON terkenal, Izara Aishah, bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, malah gaya hidupnya yang tenang dan berprinsip turut menjadi inspirasi ramai.

Dalam temu bual eksklusif bersama SinarPlus baru-baru ini, Izara berkongsi pendekatannya dalam mendidik anak-anak perempuan agar memahami batas pergaulan walaupun mereka masih kecil.

Iklan
Iklan

“Anak-anak saya memang pemalu semuanya. Mereka tidak banyak bergaul dengan orang luar kecuali keluarga.

“Saya juga jarang berkongsi tentang mereka di media sosial kerana privasi sangat penting. Jadi, mereka sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga,” kata pemilik nama sebenar, Izara Aishah Hisham.

Iklan

Menurutnya, anak-anaknya membesar dalam suasana yang rapat dengan keluarga, di mana setiap pergaulan dikawal secara semula jadi.

Iklan

“Hubungan dengan sepupu terutama lelaki okey, cuma anak-anak ini ada geng masing-masing.

“Girls dengan girls, boys dengan boys. Anak saya pula ‘very princess’, memang tidak boleh bercampur langsung.

“Jadi, keluarga memang sangat rapat dengan mereka,” jelas Izara lagi.

Dedah isteri kesayangan Muhammad Adib Khalid itu lagi, dalam membesarkan anak-anak, dia dan suami sama-sama sepakat bahawa disiplin menjadi kunci utama.

“Alhamdulillah, mereka dengar cakap. Kalau nak tidur, tidur betul-betul. Kalau nak makan, makan.

“Saya terlibat dalam semua aktiviti mereka sebab kalau bagi orang lain jaga, disiplin dan adab mereka mungkin tidak sama dengan kita,” tambah ibu kepada Irisa Alaia dan Amara Amina.

Pendekatan itu juga dilihat berjaya menanamkan nilai hormat, tanggungjawab dan kesedaran diri dalam diri anak-anaknya walaupun usia mereka masih muda.

Kolaborasi Izara Aishah x AS

Finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 itu juga percaya pendidikan awal mengenai batas pergaulan dan adab adalah penting agar mereka membesar dengan seimbang, selamat dan bahagia.

Dalam perkembangan lain, Izara turut berkongsi langkahnya yang semakin ligat. Selain berlakon, dia juga aktif sebagai duta.

Terbaharu, Izara berkolaborasi dengan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi koleksi beg tangan eksklusif Izara Aishah x AS yang menampilkan empat rekaan beg tangan iaitu Bolaia, Belta, Bucket dan Moola.

Kesemua rekaan dipilih sendiri oleh Izara, menampilkan gaya mewah namun mampu milik, dijual antara RM75 hingga RM85.

Menurut tuan punya badan, dia sendiri turut teruja dengan kolaborasi ini.

“Saya pilih setiap rekaan kerana mahu ia praktikal tetapi tetap menonjolkan personaliti elegan setiap wanita,” katanya.

Dengan gabungan gaya hidup berprinsip, kerjaya dan kolaborasi kreatif, Izara Aishah menjadi contoh ibu moden yang bijak menyeimbangkan kehidupan keluarga dan profesional tanpa mengabaikan nilai disiplin serta adab dalam mendidik anak-anak.