Hairul Azreen & Hanis Zalikha hadiahkan RM1,000 kepada staf turun 5kg, ganjaran terbesar RM3,000- 'Unik cara bos bagi bonus'

Iklan

KALAU bonus tahun ini datang dengan ‘insentif kesihatan’, pasti ramai akan tersenyum lebar!

Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, sekali lagi mencuri tumpuan apabila mereka menghadiahkan RM1,000 kepada staf yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram (kg).

Iklan
Iklan

Lebih istimewa, ganjaran terbesar sebanyak RM3,000 menanti staf yang berjaya menurunkan berat lebih daripada 5kg!

Menerusi hantaran di platform Threads milik Hairul Azreen Idris, yang memuat naik video memaparkan hampir seluruh staf menimbang berat mereka dalam cabaran penurunan berat badan yang dianjurkan oleh syarikat mereka, Hello Billionaires Sdn Bhd (HBSB).

Iklan

Cabaran yang berlangsung selama tiga bulan, bermula Oktober 2025, dilihat bukan sahaja menguji disiplin tetapi juga motivasi staf untuk menjaga kesihatan.

“Siapa yang dapat turunkan 5kg berat badan, saya hadiahkan RM1,000 bermula 15 Oktober 2025 hingga 1 Januari 2026,” kongsi lelaki berusia 38 tahun itu dalam perkongsian tersebut.

Iklan

Cabaran ini nyata memberi impak positif bukan sahaja kepada fizikal tetapi juga semangat kerja staf. Bukan setakat itu, sikap pasangan ini yang menghargai usaha staf mereka mendapat pujian ramai.

Kerja  kosong

Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak melepaskan peluang berseloroh mahu bekerja di syarikat HBSB.

Ada yang berkata:

“Kalau ade orang offer aku begini baru la semangat dan tekun turunkan berat."

Sementara yang lain pula cuba bergurau, “Boleh saya apply kerja sini ke?”

Ada juga yang memuji cara kreatif pasangan ini memberi ganjaran dengan mengatakan, “Unik cara bos bg bonus.. Galakkan staff jaga kesihatan ni terbaik!”

Tidak kurang yang menyelam gurau ringan, “Siot la tergelak kuat yang part berat naik tu. Unexpected."

Malah ada juga yang terus ambil peluang bertanya, “Ada keje kosong tak? Boleh lost 15 kg 1 bulan.”

Gaya pasangan berkenaan dalam memberi ganjaran bukan sahaja menceriakan suasana kerja, malah turut menunjukkan bahawa menjaga kesihatan adalah satu keutamaan yang perlu diambil serius.

Idea kreatif sebegini juga membuktikan bahawa bonus bukan hanya tentang duit semata, tetapi boleh dijadikan motivasi gaya hidup sihat yang menyeluruh.

Bagi mereka yang mengikuti pasangan ini di media sosial, inisiatif sebegini jelas menonjolkan sisi keprihatinan pasangan tersebut dan ambil berat terhadap staf, bukan sekadar bagi bonus semata-mata.

Kalau diikutkan, idea ini juga boleh dijadikan inspirasi kepada syarikat lain, bonus bukan sahaja merangsang prestasi kerja, malah turut membina budaya hidup sihat. Setuju, tak?