KEHADIRAN insan kecil sememangnya menjadi detik paling bermakna dalam sesebuah rumah tangga.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon Redza Rosli dan isterinya, Bella Hanna apabila pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka baru-baru ini.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pasangan berkenaan menerusi media sosial, sekali gus mencuri perhatian peminat dan rakan artis.
Anak lelaki yang dinantikan itu diberi nama Muhammad Aydrean Raess, satu nama indah penuh makna serta sarat dengan doa dan harapan.
Redza dan Bella meluahkan rasa syukur tidak terhingga atas kurniaan Allah selepas melalui fasa penantian yang penuh doa.
Satu cinta yang tidak pernah kami tahu kewujudannya, sehinggalah ALLAH meletakkanmu di dalam pelukan kami.
Setiap doa membawa kami kepadamu
Setiap penantian berbaloi demi dirimu
We lovee you so muuch our little bear."
Demikian titipan kasih ibu dan ayah buah cinta hati terbaharu mereka.
Muhammad Aydrean Raess dilahirkan pada 13 Januari 2026, menandakan permulaan fasa baharu buat pasangan tersebut sebagai ibu dan ayah.
Perkongsian wajah si kecil itu turut mencuri perhatian apabila ada netizen berseloroh, “Tengok bibir dengan dagu macam mummu.
Selain itu, ramai yang mendoakan agar Muhammad Aydrean Raess membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Kehadiran cahaya mata sulung ini jelas menjadi penyeri rumah tangga Redza Rosli dan Bella Hanna, sekali gus membuka lembaran baharu yang lebih bermakna buat keluarga kecil ini.
Reaksi Netizen:
"Alhamdulillah abang ku @redzarosli. Semoga ALLAH menjadikan anak ini anak yang soleh."
"Tahniah Redza Rosli jadi bapak dah, tahniah Redza Rosli dan isteri, selamat berpantang."
"Awww Kak Bella! Congratulations. Wishing you a smooth recovery & lots of precious moments with your little one."
"Moga bertambah rahmat kebahagiaan sekeluarga, Alhamdulillah."
"Tahniah Bella dan Redza semoga anak ini menjadi anak yang soleh."
"Tengok bibir dengan dagu macam mummu. Membesar dengan sihat ya."