Dari sapuan berus ke profesionalisme: Satu dekad MBMUAA memartabatkan jurusolek Malaysia melalui Playbook & Excellence Awards

Iklan

KALAU bercakap soal kecantikan, dunia solekan memang penuh warna, kreativiti, dan cerita tersendiri. 

Tapi tahukah anda, di sebalik setiap lipstik, highlight, dan contouring yang sempurna, ada wira-wira seni yang bekerja keras untuk memastikan profesion ini diiktiraf setara bidang lain? 

Iklan
Iklan

Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA) baru-baru ini membuktikannya dengan sambutan ulang tahun ke-10 mereka yang bukan sekadar meriah, tetapi juga bermakna.

Majlis itu menandakan transformasi industri solekan tempatan apabila MBMUAA memperkenalkan ‘Playbook MBMUAA: Kemahiran & Kompetensi Industri Seni Solekan dan Gaya Hidup’, dokumen rujukan pertama seumpamanya di Malaysia. 

Iklan

Playbook ini bukan sekadar buku panduan, ia menetapkan standard profesionalisme, dari kod etika hingga kadar bayaran rasmi, memastikan setiap jurusolek tempatan diiktiraf dan dihormati. 

Iklan

Puan Faizah bt Harun dari Jabatan Pembangunan Kemahiran menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting dalam melahirkan tenaga mahir negara yang bukan sahaja cekap, tetapi juga kompetitif.

Menurut Presiden MBMUAA, Datin Rosnawati Salleh, pelancaran Playbook tersebut menjadi simbol kematangan persatuan dalam mengangkat industri solekan dari perkhidmatan biasa kepada profesion yang diiktiraf kebangsaan. 

"MBMUAA komited memperkasakan jurusolek melalui transformasi kerjaya, sekali gus melahirkan golongan beautypreneurs yang dinamik, kompetitif, dan berdaya saing," ujarnya.

Dengan sokongan JPK, MBMUAA kini lebih berdaya saing, inovatif, dan komited memupuk jurusolek bertaraf dunia.

Bertemakan ‘Glam Tropical’, majlis ulang tahun itu penuh warna. Tetamu hadir dalam busana berinspirasikan flora tropika, memberi sentuhan eksklusif kepada malam yang meraikan dedikasi, kreativiti, dan keindahan seni solekan tempatan. 

Malah, nuansa tropika itu seolah-olah mencerminkan evolusi industri kecantikan Malaysia, dinamik, berani dan penuh gaya.

MENGIKTIRAF INDIVIDU

Malam itu juga menyaksikan kerjasama strategik MBMUAA dengan INOCHI, jenama kosmetik premium dari Jepun. Kolaborasi ini membuka peluang kepada jurusolek tempatan untuk menerokai model perniagaan lebih moden, sambil mengekalkan kreativiti dan seni dalam setiap sapuan berus. 

Produk seperti INOCHI Reverse Aging Serum dirumus dengan bahan aktif premium untuk hasil solekan yang lebih flawless dan berkesan, menunjukkan bahawa seni solekan kini bukan sekadar estetika, tetapi juga peluang kerjaya yang mampan.

Tidak lengkap sambutan sedekad tanpa penghargaan kepada wira di sebalik tabir. MBMUAA Excellence Awards menjadi kemuncak malam itu, mengiktiraf individu yang membawa industri kecantikan tempatan ke tahap lebih tinggi, dari kreativiti dan latihan hingga dedikasi sepanjang bertahun-tahun. 

Pemenang pada malam tersebut ialah Dasyariwani Sariah Daud, Mohammad Afidzi Nor Mohammad, Mimi Azlinda Othman dan Noraini Ali. Sementara tiga pemenang pemenang loyalty awards terdiri daripada Siti Roshayati Sheikh Hussin, Nor Susilawati Osman dan Maziah Abu

Penghargaan itu bukan sekadar trofi, tetapi inspirasi bagi jurusolek muda untuk terus berkembang dan mengekalkan profesionalisme.

Kini, MBMUAA bukan sahaja persatuan, tetapi rumah dan platform bagi jurusolek tempatan untuk menambah kemahiran, membina kerjaya profesional, dan melangkah ke persada antarabangsa. 

Sedekad perjalanan MBMUAA membuktikan bahawa seni solekan bukan sekadar kecantikan, tetapi satu profesion, inspirasi, dan legasi yang perlu diraikan.