Redza Rosli kongsi cabaran & tanggungjawab selepas bergelar ayah: 'Perjalanan ini sangat indah'

Iklan

PELAKON popular Redza Rosli baru-baru ini berkongsi pengalaman menjadi ayah baru dalam temu bual eksklusif bersama SinarPlus. 

Walaupun sibuk dengan penggambaran drama, tanggungjawab terhadap anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan dalam kehidupannya.

Iklan
Iklan

“Saya bersyukur semestinya kerana dikurniakan cahaya mata, anak lelaki dan pengalaman walaupun belum banyak, tetapi tanggungjawab itu memang harus dipikul.

"Bukan sahaja kepada anak dan isteri, tetapi juga keluarga, terutama mak ayah yang masih hidup. Insya-ALLAH, saya akan terus ada dengan mereka.

Iklan

"Walau macam mana pun saya akan cuba pandai cari masa untuk kerja dan juga family,” kata Redza.

Kini, ketika isteri, Bella Hanna yang juga seorang pelakon sedang berpantang di rumah mentua, Redza bersyukur kerana dikelilingi keluarga mentua dan keluarganya sendiri yang baik-baik.

Iklan

Walaupun sibuk dengan penggambaran drama, Redza mengakui tanggungjawab terhadap anak dan keluarga tetap utama.

‘Perjalanan bergelar bapa sangat indah, syukur untuk setiap detik,’ kata Redza.

Dia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil.">

 

“Waktu isteri tengah hamil, dia lebih suka duduk di rumah sorang-sorang, jadi saya risau nak tinggalkan dia waktu bekerja. 

"Alhamdulillah bila dah bersalin dan berpantang, ada orang jaga. Saya bersyukur dikelilingi oleh orang yang baik-baik,” ujarnya.

Pelakon drama Setia Itu Mahal menekan, setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan zuriat. 

Baginya, status sebagai seorang ayah adalah satu perjalanan yang sangat indah.

Pun demikian, dia menegaskan, rezeki kurniaan ALLAH bukan sahaja kepada anak, tetapi juga rezeki kesihatan, keluarga yang baik, dan kerjaya yang stabil dengan tawaran kerja berterusan.

Pemenang anugerah Pelakon Lelaki Popular di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 mengakui, dirinya sejenis tidak suka berkongsi hal peribadi di media sosial, kecuali bab kerja. 

Pemilihan nama anak

Malah, berita gembira menimang kelahiran cahaya mata lelaki itu telah dikongsi oleh isterinya, Bella di media sosial dan mencuri perhatian peminat serta rakan artis.

“Saya sejenis yang tidak banyak cerita, isteri saya lebih aktif di media sosial. 

"Waktu isteri hamil, bukan tak nak cerita, tetapi banyak isu semasa yang membuatkan kami berhati-hati, terutamanya berkaitan kandungan,” jelasnya.

 

Redza turut mendedahkan tentang pemilihan nama anak, yang dibuat bersama-sama dengan isterinya.

 “Isteri lebih banyak berfikir, mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa pilih nama Muhammad Aydrean Raess untuk anak kami. Saya cuma tambah Muhammad je,” selorohnya. 

Selain sibuk dengan keluarga, pemilik nama sebenar, Ahmad Redza Rosli kini sedang sibuk dengan penggambaran drama 60 episod bertajuk Mencari Isteri Sempurna. 

“Memang sibuk, hari-hari ada shooting. Kalau drama sebelum ni paling banyak pun dua heroin, drama ini tiga heroin. 

"Memang kurus lah sebab hari-hari ada shooting,” kongsi Redza apabila ditegur tubuhnya kelihatan susut berbanding sebelum ini.

Ditanya tentang penerimaan isteri terhadap kesibukannya, Redza menjawab ringkas tetapi penuh makna: “Isteri saya tahulah yang saya tengah menggalas tanggungjawab sepenuhnya, insya-Allah.”

Untuk rekod, Redza Rosli dan Bella Hanna mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024 dan kini sedang meniti fasa bahagia sebagai suami dan ayah.