'Sentiasa tenang dan sabar’ – Fizo Omar imbas saat awal lakonan bersama Along Eyzendy, dedah sisi peribadi arwah

Iklan

PEMERGIAN pelakon Along Eyzendy pada awal pagi Ahad bukan sekadar kehilangan buat keluarga, malah satu ruang kosong besar buat rakan-rakan seperjuangan yang pernah berkongsi pentas, skrip dan impian bersama.

Antara yang paling terkesan ialah pelakon Fizo Omar. Menerusi satu hantaran di Instagram, aktor itu meluahkan rasa sayu atas pemergian insan yang disifatkannya sebagai berhati mulia, tenang dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu, khususnya kepada pelakon-pelakon baharu.

Iklan
Iklan

Menurut Fizo, arwah Along antara individu terawal yang banyak membimbing mereka ketika sama-sama baru melangkah ke dunia lakonan menerusi drama Bionik.

Kenangan itu kekal terpahat, bukan sekadar sebagai rakan set penggambaran, tetapi sebagai seorang abang yang sentiasa memberi semangat.

Iklan

“Perginya seorang sahabat yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

"Betapa baik hatinya dan tidak pernah lokek ilmunya,” tulis Fizo.

Iklan

Tambahnya lagi, ketika mereka masih ‘hijau’ dalam industri, arwah Along menjadi tempat bertanya dan bersandar.

Sikapnya yang sentiasa tenang dan sabar menjadikan beliau disenangi, bukan sahaja oleh pelakon baharu, malah seluruh kru produksi.

“Arwah Along inilah yang banyak guide dan bagi semangat kepada kami budak-budak baru masa itu.

"Sentiasa tenang dan sabar, itulah Along dalam setiap cabaran yang dilalui,” kongsinya lagi.

Fizo turut menitipkan doa agar sahabatnya itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan tenang di sisi Ilahi, satu doa yang mencerminkan betapa tingginya rasa hormat terhadap keperibadian arwah.

Bidang  lakonan

Untuk rekod, Allahyarham Along Ezendy atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.16 tengah malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Serdang.

Arwah sebelum itu terpaksa ditidurkan di ICU akibat pendarahan serius dalam perut sejak Khamis lalu.

Dalam dunia seni, nama Along bukan asing. Mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 2003, arwah meninggalkan jejak tersendiri menerusi filem-filem seperti Budak Kelantan, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Karak dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Wataknya mungkin pelbagai, namun kehadirannya sentiasa memberi warna kepada setiap naskhah.

Selain layar perak, arwah juga aktif dalam drama televisyen antaranya Bini-Bini Perkasa, Keranamu Laila, Sanggul Beracun dan banyak lagi, sekali gus membuktikan konsistensi dan dedikasinya dalam industri seni tanah air.

Pemergian Allahyarham Along Ezendy meninggalkan seorang balu, Hamidah Mohd Yatim, dua orang anak lelaki serta seorang anak perempuan.

Namun legasi kebaikan, sikap rendah diri dan kenangan manis yang ditinggalkan akan terus hidup dalam ingatan mereka yang pernah mengenalinya.

Kadangkala, yang paling dikenang bukanlah dialog atau watak, tetapi budi dan hati yang pernah hadir dalam hidup orang lain. Dan itulah Along Ezendy, menurut mereka yang pernah berdamping dengannya.