Darah Ghazali mengalir deras! Jojo, Miki, Elias dan Mia ukir kejayaan manis sukan muay Thai di Thailand 

Iklan

PETINJU Muay Thai negara, Johan Ghazali dan adik-beradiknya, mencapai kejayaan cemerlang di Thailand apabila mereka mencipta nama dan keputusan sama biarpun di gelanggang berbeza.

Jojo atau nama penuhnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, 19, dan adiknya Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (Miki), 16, abangnya, Elias Ghazali Zulfikar, 23, dan Emylia Lynn Ghazali Zulfikar (Mia), 14, membina satu rangkaian kejayaan yang jarang berlaku dalam sukan tempur negara.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu dimulai dengan kemenangan Jojo di ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Jumaat

Sehari kemudian di Siri Dunia Rajadamnern (RWS), Miki dan Elias turun ke gelanggang yang menguji sejauh mana seseorang petarung itu benar-benar layak berada di peringkat tertinggi Muay Thai.

Iklan

Miki yang membuat penampilan sulungnya di pentas RWS meraih kemenangan ke atas petarung Iran, Reza Dotielmi menerusi keputusan majoriti selepas pertarungan sengit tiga pusingan 29-27, 29-27, 28-28.

Dari kiri: Bapa, Zulfikar Ghazali di samping Mia, Jojo, Miki dan Elias.

Iklan

Sementara itu, abangnya, Elias menewaskan petarung kelahiran Jepun, Haru Hakita. Selepas dua pusingan awal berakhir seri, pertarungan terpaksa ditentukan menerusi pusingan penentuan.

Pada pusingan berkenaan, Elias lebih banyak melancarkan serangan bersih dan efektif berbanding lawannya, sekali gus membolehkan dia meraih markah lebih tinggi untuk mengesahkan kemenangan.

Adik bongsu keluarga Ghazali, Mia melengkapkan keseluruhan naratif adik-beradik di Thailand.

Pada 1 Februari lalu, di Nakhon Ratchasima, Mia menewaskan wakil tuan rumah selepas lima pusingan sengit melalui keputusan mata.

Artikel berkaitan

Pada usia 14 tahun, tekanan biasanya menjadi halangan tetapi Mia menunjukkan kawalan diri dan keyakinan luar biasa bagi seorang remaja.

Memetik Sinar Harian, Mia kini disebut-sebut tersenarai antara atlet muda Sarawak yang dijangka membawa pulang pingat emas di Sukma Selangor 2026 dan berpotensi mewakili negara di Sukan SEA 2027.

Ibu, Jennana Lynn Johnson antara orang penting di sebalik kejayaan anak-anaknya dalam sukan muay Thai.

Jojo menerusi hantaran di Instagram meluahkan syukur atas kejayaan diraih. Ujar jaguh itu, penglibatan adik-beradiknya bukan sekadar penyertaan sebaliknya mempunyai misi.

Inspirasi! Jojo, Miki, Elias dan Mia menunjukkan bahawa legasi sukan boleh dibina bukan hanya melalui satu nama tetapi melalui sokongan dan usaha kolektif adik-beradik.

Tidak mustahil mereka akan menjadi seperti anak-anak sidek yang menjadi ikon badminton negara.

Sekadar info, empat beradik ini ialah anak kepada SAC Zulfikar Mohd Ghazali dan Jennana Lynn Johnson yang juga merupakan pengamal seni bela diri Muay Thai.

Manakala datuk mereka pula mantan Panglima Angkatan Tentera kelapan, Allahyarham Jeneral Tan Sr Panglima Dr Mohd Ghazali Che Mat.

Jika satu masa dahulu anak-anak Sidek menjadi ikon badminton negara, tidak mustahil suatu hari nanti nama keluarga Ghazali akan disebut sebagai keluarga yang mengangkat Muay Thai Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Sumber dan dilolah daripada: Sinar Harian