'I never left' - Jojo Ghazali bangkit, tewaskan lawan dalam masa 2 minit
PETINJU Muay Thai negara, Johan Ghazali, kembali bangkit dengan kemenangannya dengan menewaskan petarung dari Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam pertarungan ONE Fight Night 35 di Bangkok.
Johan yang juga dikenali sebagai Jojo tewas secara keputusan juri dalam dua perlawanan terakhir ONE Championship. Kali ini, beliau membuktikan masih berbisa dengan memilih KO sebagai jalan kemenangan.
Petinju berusia 18 tahun itu memilih untuk melakukan serangan awal menggunakan kaki tetapi sebaik beliau mengeluarkan tumbukannya, ia tidak lagi mampu ditanggung EL Jamari, yang tumbang secara KO hanya dalam masa dua minit!

Jojo menerusi Instagram meluahkan, tidak pernah 'meninggalkan' perjuangannya.
"People be saying 'Jojo is back,' the truth is I never left. Alhamdulillah," titipnya di Instagram.
Kemenangan itu menyaksikan Jojo kembali ke landasan selepas kekalahan kepada Johan Estupinan dan Diego Paez.
Ia sekali gus menambah koleksi rekod cemerlangnya dengan tujuh kemenangan daripada 10 pertarungan sejak penyertaannya dalam ONE Championship.
Tahniah Jojo!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

