Fasha Sandha keguguran usia kandungan 10 minggu. 'Bukan rezeki kami lagi'

Iklan

PELAKON Fasha Sandha berkongsi berita duka mengalami keguguran pada Isnin. 

Menurut pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 42, kehilangan kandungan berkenaan berpunca daripada keadaan janin yang 'tidak sihat'.

Iklan
Iklan

"Kisah 3 petang semalam, 16 Februari 2026. Bukan kerana terlalu banyak bekerja atau bergerak, bukan kerana terlalu kuat berdiet. Kata Dr Elly baby A tidak sihat. 

Biarpun sedih kehilangan kandungan yang dinanti-nantikan, pelakon Evolusi KL Drift  dan Anak Halal itu juga reda dan berharap masih berpeluang untuk untuk hamil pada masa akan datang.

Iklan

"Juga ia bukan rezeki kami lagi. Insya-ALLAH akan cuba lagi pada tahun-tahun akan datang. Sekarang sama-sama fokus kerja dahulu," ujarnya.

Iklan

"Kepada yang sama-sama mengalami keadaan seperti Fasha, jangan rasa down. Dapat hamil secara natural pun satu anugerah juga. 

"Mungkin ada rezeki lain untuk kita. Terima kasih buat yang mendoakan baik-baik, moga doa yang baik kembali kepada kalian," tulis Fasha di Instagram.

Terdahulu, Fasha menyatakan keinginan untuk menambah zuriat pada tahun 2027 dan menyatakan 2026 adalah tahun untuk menumpukan kepada kerjaya.

Fasha berkahwin dengan  aktor Aidil Aziz pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira, 6.

Sebelum itu, Fasha memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 12, hasil perkahwinan dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli.