AHMAD’s Fried Chicken membawa kelainan Ramadan tahun ini dengan memperkenalkan menu terbaharu mereka, Golden Chicken, menerusi kempen khas Ramadan at Ahmad’s bertemakan 'untuk dikongsi bersama'.
Ayam sekor ini direka khas untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan, sejajar dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kebersamaan dan kasih sayang.
Pada masa sama, pihaknya turut membuat penambahbaikan daripada segi rasa dan pilihan kombo yang lebih meluas.
Sepanjang Ramadan, pelanggan boleh menikmati pengalaman berbuka lengkap di Ahmad’s dengan Golden Chicken yang disediakan dalam dua pilihan, original atau spicy, dihidangkan bersama nasi mentega dan sos khas sweet and spicy Thai.
Ayam sekor ditawarkan pada harga RM29.90, manakala combo istimewa yang termasuk satu ayam, empat nasi mentega dan empat Lemon Cola hanya RM49.90.
Bagi hidangan moreh pula dengan Mad's Sausage sebagai snek ringkas bersama minuman Lemon Cola, manakala sahur menawarkan empat menu utama iaitu Mad's Nugget, Mad's Chicken Burger, Mad's Nasi Lemak dan set jimat Mad's Saver.
Menurut Lailatul Sarahjanna lagi, waktu operasi sepanjang Ramadan dibuka mulai jam tiga petang hingga lima pagi.
Dengan pendekatan baharu itu, Ahmad’s Fried Chicken bukan sekadar menyajikan hidangan lazat, malah menekankan nilai perkongsian yang menjadikan setiap detik Ramadan lebih bermakna.