Kebaya & kuih angku satukan 138 wanita pelbagai kaum, Kakatoo angkat warisan Peranakan dengan cara kreatif

Iklan

SIAPA  kata tradisi hanya cerita lama? Program unik ini buktikan budaya boleh jadi pengalaman lifestyle yang menyeronokkan!

Bagi KAKATOO F&B Group, tradisi bukan sesuatu yang perlu disimpan dalam muzium, sebaliknya harus diraikan, dialami dan diwariskan kepada generasi baharu dengan cara lebih segar dan inklusif.

Iklan
Iklan

Atas semangat itu, kumpulan tersebut menganjurkan program Kakatoo – Most Participants Wearing Kebaya in an Angku Kuih-Making Workshop, sebuah inisiatif unik yang menggabungkan seni kulinari dan busana tradisional dalam satu pengalaman budaya yang bermakna.

Lebih membanggakan, usaha itu berjaya meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Iklan

Program tersebut juga menjadi simbol komitmen sektor swasta dalam memartabatkan warisan Peranakan Baba dan Nyonya melalui sajian autentik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat pelbagai kaum.

Iklan

Lebih menarik, ia menyaksikan penyertaan seramai 138 wanita daripada pelbagai latar belakang kaum yang tampil anggun mengenakan kebaya sambil menyertai bengkel membuat kuih angku secara bersama-sama.

Gabungan elemen fesyen tradisional dan pengalaman kulinari ini mencipta suasana yang bukan sahaja meriah, malah sarat dengan nilai kebersamaan.

Melalui pendekatan yang menggabungkan pengalaman interaktif, pendidikan budaya dan elemen gaya hidup, KAKATOO F&B Group berjaya menunjukkan bahawa tradisi boleh terus relevan dalam dunia moden, bukan sekadar dikenang, tetapi diraikan bersama.

Akhirnya, program ini membuktikan satu perkara penting, warisan budaya akan terus hidup selagi ada usaha untuk menghidupkannya dalam cara yang dekat dengan masyarakat hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot yang menyifatkan program berkenaan sebagai gambaran jelas keharmonian masyarakat Malaysia.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Pengerusi KAKATOO F&B Group, Prof Adj Datuk Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif KAKATOO F&B Group, Joyce Chong.

Dalam ucapannya, Shaharuddin berkata, acara tersebut membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar angka penyertaan.

“Kita sedang menyaksikan satu simbol kebersamaan, satu manifestasi keharmonian dan satu contoh nyata bagaimana warisan budaya mampu menyatukan rakyat Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian.

Inisiatif tersebut juga selari dengan aspirasi Kempen Melawat Malaysia 2026, yang memberi fokus kepada pengalaman pelancongan berasaskan komuniti dan budaya tempatan.

Pelancong masa kini, menurut beliau, tidak lagi sekadar mahu melihat destinasi, tetapi ingin merasai pengalaman sebenar sesebuah negara.

“Pelancong hari ini mencari pengalaman yang membolehkan mereka merasai Malaysia, daripada pakaian tradisi, makanan warisan, seni budaya hingga interaksi dengan masyarakat setempat,” katanya lagi.

Kejayaan penganjuran program tersebut turut membuktikan peranan penting sektor swasta dalam menyokong usaha kerajaan memperkasa ekonomi kreatif berasaskan budaya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa warisan budaya tidak seharusnya dilihat sebagai tinggalan sejarah semata-mata.

“Warisan budaya ialah aset masa depan. Jika diurus dan dipromosikan dengan baik, ia mampu menjadi sumber pendapatan, peluang pekerjaan serta kebanggaan nasional,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa program seperti ini berpotensi dikembangkan menjadi acara tahunan berskala besar yang mampu menghiasi kalendar pelancongan negara.

Membawa  nilai  identiti dan  sejarah

Menyentuh mengenai usaha mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records, ia dilihat sebagai strategi kreatif dalam meningkatkan keterlihatan acara di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Pengiktirafan sebegini bukan sahaja bersifat simbolik, malah mampu menjadi platform promosi efektif untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang dinamik," ujar beliau lagi.

Sementara itu, menurut Joyce Chong,kebaya dan kuih angku bukan sekadar elemen tradisional, sebaliknya membawa nilai identiti dan sejarah yang mendalam bagi masyarakat Peranakan.

“Kebaya bukan sekadar busana tradisional. Ia lambang keanggunan, kesantunan dan identiti wanita Nusantara. Kuih angku pula bukan sekadar makanan tradisi, tetapi simbol keberkatan serta warisan masyarakat Peranakan yang kaya dengan nilai sejarah dan asimilasi budaya,” jelasnya.

Penyertaan pelbagai kaum itu mencerminkan semangat  yang berteraskan nilai hormat, ihsan dan kesejahteraan budaya.

“Apabila wanita daripada pelbagai kaum berkumpul mengenakan kebaya dan mempelajari warisan makanan tradisi, ia membawa mesej perpaduan yang sangat kuat,” ujarnya.

Melalui pendekatan yang menggabungkan pengalaman interaktif, pendidikan budaya dan elemen gaya hidup, KAKATOO F&B Group berjaya menunjukkan bahawa tradisi boleh terus relevan dalam dunia moden, bukan sekadar dikenang, tetapi diraikan bersama.