Bapa penyanyi Wann kembali ke rahmatullah

Iklan
Foto: Instagram wann_rashidah

PENYANYI Wann kehilangan bapa tersayang pada  9.25 malam Jumaat.

Bapa Wann, Allahyarham Meor Abdul Rashid Meor Abdul Salim sebelum itu mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Iklan
Iklan

Memetik Berita Harian, khabar duka pemergian Allahyarham Meor Abdul Rashid disahkan pelakon, Sheila Mambo, selepas mendapat keizinan daripada Wann ketika menziarahi arwah di hospital.

Difahamkan, bapa penyanyi era 80-an dan 90-an itu dirawat di hospital berkenaan pada 3 Februari lalu selepas disahkan mengalami masalah batu hempedu.

Iklan

Wann

"Pemergiannya pada waktu yang cukup istimewa, iaitu hari Jumaat dalam bulan Ramadan dan pada malam Nuzul al-Quran," kata Sheila.

Iklan

Sementara itu, Wann menerusi Insta Story berkongsi berita sedih apabila ayahnya telah kembali ke rahmatullah.

"Buat yang mengenali abah saya, mohon doakan untuknya," titipnya.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian