Sajian mudah, sedap dan mengenyangkan

Iklan

MENU cepat yang tetap mengenyangkan bukan sahaja membantu mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa, malah sesuai dinikmati sekeluarga atau tetamu.

Iklan
Iklan

Dengan sedikit kreativiti, resipi ringkas ini boleh dijadikan sajian menarik untuk berbuka, sahur, atau rumah terbuka.

Iklan

Dengan peralatan dapur praktikal seperti LG NeoChef™ Microwave Oven dan LG InstaView Peti Sejuk, penyediaan makanan menjadi lebih cepat, tersusun dan lancar - bersama LG, rutin dapur lebih selesa, dapur lebih bergaya.

Iklan

FILLET  AYAM  MASAK  MENTEGA

Bahan-bahan:

2 keping isi ayam (fillet) - hiris memanjang atau ikut cita rasa

2 sudu makan mentega

2 ulas bawang putih-cincang halus

2 sudu makan susu segar

1 sudu makan sos tiram

1 sudu teh kicap pekat manis

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Cincangan daun bawang - hiasan

Cara-cara memasak:

1. Letak ayam yang telah dihiris ke dalam mangkuk. Tambahkan sos tiram, pekat manis, lada hitam dan sedikit garam lalu gaul sebati. Perap 10-15 minit.

2. Letak mentega dan cincangan bawang putih ke dalam bekas tahan panas Masukkan dalam LG NeoChef™ Microwave Oven dan panaskan hingga mentega cair dan bawang berbau harum selama 1 minit.

3. Keluarkan mangkuk berisi mentega dan bawang putih dari LG NeoChef™ Microwave Oven. Tuang perapan ayam ke dalam campuran mentega lalu sebati. Masak di dalam LG NeoChef™ Microwave Oven selama 2 minit mengikut ketetapan yang sesuai hingga ayam 3/4 masak.

4. Keluarkan mangkuk berisi ayam, tuang susu segar dan gaul sebati. Masak semula di dalam LG NeoChef™ Microwave Oven untuk 1-2 minit atau hingga ayam masak sempurna dan kuah sedikit pekat.

5. Setelah ayam masak, tabur cincangan daun bawang dan hidangkan panas.

PUDING  ROTI  COKLAT  KISMIS

Bahan-bahan:

6-8 keping roti putih - potong kecil

1 1⁄2 cawan susu segar

3/4 cawan gula

1/4 cawan coklat cip

1/4 cawan kismis

2 sudu makan mentega - cairkan

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla Aiskrim vanilla - pilihan

Cara-cara memasak:

1. Di dalam mangkuk besar, satukan susu segar, gula, telur, mentega dan esen vanilla. Pukul hingga semua bahan tercampur sebati.

2. Masuk roti yang telah dipotong ke dalam bancuhan susu tadi dan gaul rata. Biarkan terendam 10-15 minit.

3. Masukkan coklat cip dan kismis lalu gaul rata.

4. Sapu mentega secukupnya pada mangkuk yang tahan panas. Tuang campuran roti yang telah direndam tadi dan ratakan. Tabur lebihan kismis atau coklat cip jika suka.

5. Masukkan ke dalam LG NeoChef™ Microwave Oven dan masak pada masa 20-25 minit sehingga puding masak kecoklatan.

6. Hidangkan panas dengan aiskrim vanilla jika suka.

NASI  GORENG  MENTEGA

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk

2 sudu makan mentega

2 biji telur - pukul sedikit dengan garfu

1 sudu teh serbuk bawang putih

1 sudu teh serbuk lada sulah

1 sudu teh cili flakes

1 sudu teh sos soya cair

Garam secukupnya

Cincangan daun bawang secukupnya

Hirisan cili merah secukupnya

Ikan bilis goreng secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Di dalam mangkuk, satukan nasi sejuk, serbuk bawang putih, serbuk lada sulah, cili flakes, sos soya cair dan garam secukupnya. Gaul rata.

2. Di dalam mangkuk lain, letakkan mentega lalu cairkan dalam LG NeoChef™ Microwave Oven selama 30 saat.

3. Tuang mentega cair ketika masih panas ke dalam mangkuk berisi telur yang telah dipukul sedikit lalu kacau rata. Tuang campuran mentega dan telur ke dalam mangkuk berisi nasi. Gaul rata.

4. Tuang campuran nasi ke dalam mangkuk tahan panas. Masukkan ke dalam LG NeoChef™ Microwave Oven dan selama 3 minit hingga nasi goreng masak sempurna.

5. Keluarkan nasi goreng dari microwave lalu tabur dengan cincangan daun bawang, ikan bilis goreng dan hirisan cili merah.

MUSHROOM  SOUP  &  GARLIC  BREAD

Bahan-bahan

6 biji cendawan butang-bersihkan & hiris nipis

1⁄2 labu bawang Holland cincang halus

3 ulas bawang putih-cincang halus

1 cawan stock ayam (air rebusan ayam)

2 sudu makan krim masakan 1 sudu makan mentega

1/4 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu teh oregano/thyme kering

Garam dan lada sulah secukupnya

Cincangan parsley secukupnya

Bahan-bahan Garlic Bread:

3-4 keping roti Perancis

Garlic spread secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Di dalam mangkuk, satukan hirisan cendawan, cincangan bawang Holland, bawang putih dan air rebusan ayam. Gaul rata lalu masukkan ke dalam LG NeoChef™ Microwave Oven, tetapkan cara memasak dan masak untuk 3 minit.

2. Keluarkan mangkuk berisi cendawan dari microwave, tuang ke dalam mesin pengisar lalu kisar sederhana halus. Setelah dikisar, masukkan kembali ke dalam mangkuk.

3. Masukkan mentega, krim masakan, serbuk lada hitam, oregano/thyme kering, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata.

4. Masukkan kembali mangkuk ke dalam LG NeoChef™ Microwave Oven dan tetapkan cara memasak lalu masak untuk 3 minit.

5. Setelah sup cendawan masak sempurna, keluarkan dari LG NeoChef™ Microwave Oven lalu kacau sebati. Tabur dengan cincangan daun parsley.

6. Sementara itu, untuk membuat garlic bread, sapu garlic spread secara rata di kepingan roti lalu grill hingga perang di dalam LG NeoChef™ Microwave Oven. Hidangkan garlic bread panas bersama sup cendawan tadi.