Wanna Ali selamat bersalin anak sulung, Ayu Puteh teruja. 'Macam tak percaya, tapi real rupanya...'

Iklan

AKTRES dan penyanyi Wanna Ali kini bergelar ibu selepas melahirkan cahaya mata lelaki.

Khabar gembira itu dikongsikan ibunya, produser terkenal Datuk Ayu Puteh menerusi Insta Story.

Iklan
Iklan

"Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7 kilogram pada, Subuh Isnin secara pembedahan," maklumnya.

Iklan

Dalam pada itu, Ayu turut meluahkan rasa teruja dan bersyukur proses bersalin Wanna dipermudah.

Iklan

"Syukur Alhamdulillah," kongsinya.

Sekadar info, Wanna atau nama penuhnya Nor Syazwana Mohd Ali, 29,  berkahwin dengan Khairul Amri Khalid pada 9 Februari 2025 selepas tiga bulan bertunang.