Wanna Ali kini isteri Khairul Amri, terima mas kahwin 10 dinar emas, sebentuk cincin
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/09/thumbs/900x900/3000600.jpg)
AKTRESWanna Ali sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Khairul Amri Tan Sri Datuk Sri Khalid dalam satu majlis di Petaling Jaya pada Ahad.
Anak penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh itu menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin serta telah dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali kira-kira jam 10.40 pagi.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/09/3000598.jpg)
Dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup itu, Wanna yang ayu memakai sepersalinan putih rekaan Ezuwan Ismail.
Pihak pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran bagi perkahwinan pelakon berusia 28 tahun itu tidak dikongsikan kepada umum.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/09/3000599.jpg)
Sementara itu, satu majlis resepsi difahamkan akan diadakan di lokasi yang sama pada malam nanti
2 Februari lalu, Wanna berkongsi secara terbuka memaklumkan dirinya sudah mengikat tali pertunangan pada 9 November 2024 namun merahsiakan tarikh perkahwinan.
Sekadar info, Khairul Amri merupakan anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang