Trik 'TV rosak' menjadi! Ayda Jebat kongsi tip 'stop screen time' untuk anak, sebak lihat perubahan Aali

Iklan

DI sebalik dunia digital yang semakin sukar dipisahkan daripada kehidupan harian, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memilih pendekatan berbeza demi perkembangan anak keduanya, Aali Mateen.

Keputusan menghentikan terus penggunaan skrin dan gajet buat si kecil itu ternyata memberi perubahan besar sehingga membuatkan Ayda sendiri berasa sebak melihat perkembangan anaknya dari hari ke hari.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di platform Threads baru-baru ini, Ayda mendedahkan Aali kini menunjukkan banyak perkembangan positif selepas lebih sebulan tidak menonton televisyen atau menggunakan sebarang skrin.

“Aali dah sebulan lebih tak tengok TV! No screen at all. Masya-ALLAH, happy tengok dia dah boleh bersabar, kejap-kejap buka buku minta kita bacakan.

Iklan

“Dah mula bercakap sikit! Dua patah perkataan! Dah boleh main bersama, faham arahan, boleh dengar cakap,” kongsinya.

Menurut Ayda, perubahan tersebut bukan sahaja dapat dilihat daripada segi komunikasi, malah emosi dan tingkah laku Aali juga semakin baik.

Iklan

Lebih menyentuh hati apabila Ayda mengakui kini anak lelakinya itu semakin bersedia untuk memulakan sesi persekolahan selepas sebelum ini dia bimbang Aali sukar menyesuaikan diri di sekolah.

“Okay! Adik dah boleh pergi sekolah dah! Sebelum ni tak hantar lagi sebab takut dia menjerit dekat school, kacau student lain ke.

“Sekarang, alhamdulillah adik dah sedia! Nak nangis tengok dia sekarang boleh duduk lama dekat atas kerusi. Dulu dua saat terus berlari,” tulisnya lagi.

RosakkanTV

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai netizen yang memuji usaha Ayda dalam memberi perhatian terhadap tumbesaran anak-anaknya selain berani berkongsi pengalaman sebenar sebagai ibu.

“Good sharing Ayda. We need more people like you to speak the truth. Kalau mak yang cakap nanti mereka tak percaya sis... walaupun memang kerja kita. All the best Aali ”

“Alhamdulillah happy baca progress niKadang bila screen time kurang, anak mula explore benda lain macam buku, main sama-sama, dengar arahan pun makin okay. Proud sangat, semoga adik makin ready & happy masuk school nanti ”

“Terbaik, good job mommy.”

“Masya-ALLAH happy baca progress macam niBila kurang screen & banyak interactive play memang nampak banyak perubahan sikit-sikit.”

Dalam masa sama, ada juga ibu bapa yang mengambil kesempatan bertanyakan tip kepada Ayda tentang cara menghentikan penggunaan skrin dalam kalangan anak-anak.

“Bagi tips macam mana nak stop screen time? Then kalau keluar makan macam mana nak distract dia?”

Tidak lokek berkongsi pengalaman, Ayda menjelaskan dia dan keluarga mengambil pendekatan tegas termasuk berpakat untuk tidak menonton televisyen di hadapan anak-anak.

“Kita orang cakap TV rosak. Tiga hari dia cuba minta, remote kita simpan. Even Nayla, kita dan helper pun tak dapat tengok TV.

“Kalau balik rumah family, pesan dekat grandparents, anak-anak buah lain kalau nak tengok TV kena tengok dekat bilik mereka sendiri & no phone in front of the kid. Beri kerjasama hahaha!

“(Tapi Aali memang tak tengok TV masa makan so maybe senang sikit kot for him) masa makan bagi toys/colour book/talk to them. Insya-ALLAH,” kongsi Ayda lagi.