PELAKON dan pengacara, Che Puan Juliana Evans berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Tidak berkongsi lanjut mengenai usia kandungan, pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans, 37, memberi bayangan keluarganya bakal menerima kehadiran seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi.
"Plot twist... kami perlu tambah satu lagi kerusi di meja makan keluarga.
"Baby #3 is on the way. Hati dan rumah kami bakal menjadi lebih meriah.
"Akan datang, anugerah kecil terbaru dalam keluarga kami," tulisnya.
Artikel berkaitan:
- Comel persis bonda, puteri kedua Che Puan Juliana Evans jadi tumpuan warganet
- Juliana Evans selamat bersalin, timang anak perempuan kedua
- Che Puan Juliana Evans tak betah duduk diam
Perkhabaran aktres yang memiliki sarjana dalam bidang perfileman, video dan media dari Western Michigan University, Amerika Syarikat itu mencuri perhatian peminat serta rakan selebriti.
Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira dengan berita kehamilan berkenaan.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan dan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Al-Haj pada April 2017 pada 30 April 2017.
Mereka memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri, 7, dan Tengku Saidatul Ihsan Putri, 3.