Gandingan idea dengan Talita, Watie Hanifiah dedah cerita pilih nama anak — 'Mula-mula dia tak setuju...'

Iklan

SETIAP kali menimang cahaya mata, perkara paling teruja dan adakalanya mencabar buat mak-mak ayah sudah pastilah bab memilih nama.

Kehadiran puteri sulung bagi pasangan romantis Watie Hanifiah dan pelawak popular Shuib sememangnya membawa limpahan kebahagiaan berganda dalam keluarga mereka.

Iklan
Iklan

Namun, di sebalik keindahan nama yang diberikan iaitu Akira Juwita Zahra, rupanya ada cerita menarik dan kebetulan yang cukup comel yang dikongsikan sendiri oleh Watie tentang bagaimana nama tersebut dipilih.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok  inayahbeautytrading, pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkongsi proses pemilihan nama anak perempuan mereka itu sebenarnya banyak melibatkan perbincangan keluarga serta gandingan idea bersama anak tirinya, Talita.

Iklan

Dedahnya, pada mulanya dia hanya memilih nama Juwita sahaja untuk anaknya itu, sehinggalah perbincangan lanjut dibuat bersama keluarga untuk menambah nama lain.

Iklan

"Shuib pun kata jangan pilih nama yang panjang-panjang," kongsinya mesra.

Bagaimanapun, bagi seorang ibu yang mengimpikan kelainan, Watie merasakan nama Juwita itu agak terlalu ringkas untuk puteri mereka.

"Tapi saya rasa pendek sangat Juwita tu dan saya pun nak nama tu dekat dengan Thalita jadi saya pilihlah Akira, yang datang daripada nama penuh Thalita iaitu Zakira," jelas Watie lagi tentang bagaimana dia mendapat inspirasi untuk menggabungkan nama tersebut supaya kedengaran sepadan dengan si kakak.

Keharmonian keluarga ini juga terserlah apabila Watie sangat menghormati perasaan anak-anaknya dengan meminta keizinan sebelum meletakkan nama Zahra di hujung nama bayinya.

Watie mengakui dia sangat menyukai konsep nama adik-beradik yang sepadan dan sedondon, sama seperti dirinya dengan adik-beradiknya yang lain.

"Pada mulanya dia tak setuju tapi lama-lama dia okay," ceritanya tentang gelagat Talita yang akhirnya beralih arah dan memberikan persetujuan dengan rela hati.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023. Hasil perkahwinan yang penuh bahagia ini, pasangan tersebut baru sahaja menyambut kehadiran ahli keluarga baharu mereka pada 6 April lalu.

Kisah di sebalik nama Akira Juwita Zahra ini bukan sekadar tentang pemilihan nama yang indah, tetapi mencerminkan betapa kasih sayang dan toleransi dalam mengemudi keluarga besar menjadi kunci kebahagiaan mereka.