ASYIK-asyik wanita atau ibu baru bersalin sahaja yang sering menjadi tumpuan di media sosial.
Mana tidaknya, seolah-olah sudah ada satu standard yang ditetapkan masyarakat, kononnya lepas bersalin bentuk badan kena cepat ramping macam anak dara dan kalau boleh, semua wajib melahirkan anak secara normal.
Kata orang, kalau bersalin normal ni badan cepat sihat, luka cepat sembuh, dan boleh terus bergerak aktif macam biasa. Tapi realitinya, bukan semua wanita bertuah mendapat rezeki sebegitu, malah tekanan daripada 'standard' mengarut ini acapkali mengguris emosi golongan ibu.
Isu sensitif inilah yang menarik perhatian penyanyi popular, Shila Amzah, untuk bersuara selepas melihat lambakan komen di media sosial yang suka menghakimi dan membanding-bandingkan kaedah bersalin dalam kalangan ibu.
Bagi isteri kepada pempengaruh Ubai ini, setiap wanita dikurniakan fizikal dan proses pemulihan yang berbeza, malah proses bersalin normal yang dianggap mudah itu pun ada tahap kecederaan tersendiri yang tidak diketahui orang luar.
"Even sekarang di sosial media kan, saya merasakan yang wanita ni terlalu banyak disubjectkan tentang banyak benda. Contohnya, kena beranak normal, kena kurus lepas 40 hari pantang, kena immediately back to normal shape.
"Those apa mentality yang dari dululah kan. Tapi macam contoh macam specifically topik ni, orang kata kalau beranak normal jadi senang heal. Lepas tu ada freedom lah kan.
"Tapi mereka tak tahu beranak normal ni pun ada degrees dia, berapa kekoyakan kita and berapa severe kita punya kata orang luka dia," kongsinya dengan jujur.
Szer dan ditidurkan dua kali
Mengimbas semula pengalaman peribadinya, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mendedahkan, dia terpaksa melalui proses pembedahan atau czer secara kecemasan sebanyak dua kali demi menyelamatkan bayinya.
Walaupun pada mulanya dia teringin sangat nak merasa pengalaman bersalin normal, kekangan kesihatan dan keadaan bayi yang kritikal memaksa doktor mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahan di bawah bius penuh.
"Untuk saya sendiri seizure (czer), emergency czer dua kali. Dan disebabkan oleh badan kita yang berbeza-beza, untuk badan saya juga ketika itu perlu ditidurkan. Dua-dua kali bersalin sama.
"Saya pun pada awalnya memang nak cuba untuk beranak normal. Jadi, memang boleh relate sangat dengan orang yang lepas czer untuk next cycle nak cuba beranak normal, tapi memang tak ada rezeki.
"Doktor kata kita kena buat emergency lagi sebab baby punya heart rate dah turun. Walaupun dah ada contraction, dah menghadap sakit contraction, baby heart rate turun tetap kena czer juga pada akhirnya.. Dan saya pula under general anesthesia, maksudnya ditidurkan," jelasnya lagi.
Bagi Shila, pengorbanan seorang ibu tidak sepatutnya diukur daripada cara dia melahirkan anak mahupun jenis susu yang diberikan kepada si kecil.
Sama ada bersalin normal, melalui pembedahan, menyusukan anak dengan susu badan atau terpaksa bergantung kepada susu formula, nilai kasih sayang seorang ibu tetap sama dan masyarakat luar tidak berhak menjadi hakim dalam rumah tangga orang lain.
"Setiap orang tu struggle tu berbeza-beza. Semuanya terbalik juga pada rezeki. Ada orang mungkin mahukannya normal, ada orang mungkin tak dapat normal, tak dapat czer.
"Apa pun, masing-masing kan dapat juga menjadi ibu. Recovery tu tergantung juga pada mental health ibu tersebut. Kita baru sentuh pasal beranak normal dengan czer, belum lagi bab menyusu badan dengan bagi formula
"Jadi, cukuplah dengan mereka yang tak duduk di rumah dengan kita, asyik membanding-bandingkan ibu A lebih baik daripada ibu B. Biar semua orang duduk dan menjalankan hidup itu dengan cara sendiri," tegasnya.
Disebabkan trauma dan keperitan yang dilalui itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini mengakui dia dan suami sudah mengambil keputusan untuk mencukupkan zuriat yang ada sahaja.
Langkah itu dipersetujui bersama selepas suaminya sendiri masuk ke dalam bilik bedah dan menyaksikan bagaimana sukarnya proses untuk menyelamatkan nyawa isteri dan anak, selain mengambil kira kesan jangka panjang pembedahan czer yang memakan masa lama untuk pulih sepenuhnya.
"Saya dan Ubai memang bersetakat untuk memang setakat ini saja. Sebab untuk yang kali kedua memang suami saya masuk dalam bilik bedah dan memang dia menyaksikan dan apa yang saya lalui untuk capai 100 peratus recovery.
"Sebenarnya bila kita czer ni, luka tu kadang-kadang kalau salah makan, walaupun lepas dua tahun, saya still ngilu dekat tempat potong tu. Kita pula dipotong tujuh lapis kita punya kulit dan sebagainya," katanya berkongsi pengalaman sendiri.
Sebelum mengakhiri perbualan, Shila menitipkan pesanan mendalam supaya netizen di luar sana lebih menjaga lisan dan ulasan masing-masing di media sosial.
Sifat empati sesama manusia perlu dipupuk kerana kita tidak pernah tahu kesusahan yang sedang dialami oleh seorang ibu di rumahnya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa menguruskan anak tanpa bantuan sesiapa.
"Jadi be mindful, kita kena lebih berkata lebih baik lah. Sebab kadang-kadang ada orang beranak czer tapi takde helper kat rumah.
"Macam mana dia recovery, kesian kat dia. Mungkin suami pun jenis yang tak menolong kan, mungkin jadi juga.
"Jadi, apa pun kita nak utarakan dekat ruangan sosial tu, nak komen tentang orang, kita kena fikir masak-masak memandangkan kita tak ada di rumah mereka.
"Apa yang ibu itu lalui kita tak tahu. Mungkin ada orang yang lebih senang, ada orang yang lebih susah. So just be nice lah," katanya menutup bicara.