'Diuji belum ada anak, u tak pernah jadikan ujian alasan menyerah’ -Dedikasi romantis Izzue Islam buat Awin Nurin bikin sebak!

Iklan

RINGKAS namun cukup bermakna permintaan isteri tercinta pelakon popular Izzue Islambersempena hari ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di media sosial miliknya,bekas kumpulan Forteen itu mendedahkan, Awin Nurin tidak meminta barangan berjenama mewah mahupun percutian di luar negara, sebaliknya hanya teringin untuk merasai pengalaman menunggang kuda.

Iklan
Iklan

Biarpun kedengaran mudah, Izzue mengakui dia terpaksa berusaha keras demi merealisasikan impian murni suri hatinya itu sehingga segala urusan akhirnya dipermudahkan.

Detik indah melihat senyuman lebar pada wajah isteri kesayangannya ketika menunggang kuda di pesisir pantai bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah terselit seribu satu rasa kesyukuran yang mendalam dalam carta hidup rumah tangga mereka.

Iklan

Menerusi satu perkongsian menyentuh hati di Instagranm miliknya, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan meluahkan rasa cinta yang tidak berbelah bagi, menggambarkan betapa bermaknanya kehadiran Awin yang sentiasa setia di sisi dalam setiap rentak turun bangun kehidupan.

Kongsi Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 itu lagi, dia sendiri tidak mengetahui sampai bila pinjaman kasih sayang daripada Yang Maha Esa itu akan berpanjangan, namun impiannya amat jelas untuk menua bersama wanita berkenaan.

Iklan

"Kalau suatu hari nanti rambut kita sama-sama memutih, muka kita sama-sama berkedut, dan langkah kita dah tak sekuat hari ini, I harap tangan yang i pegang nanti masih tangan yang sama i pegang sekarang," luahnya penuh emosi membayangkan masa depan mereka berdua.

Melayari bahtera perkahwinan tanpa kehadiran cahaya mata bukanlah satu perkara yang mudah buat mana-mana pasangan, namun bagi Izzue dan Awin, ujian tersebut rupa-rupanya menjadi jambatan yang mengukuhkan lagi ikatan cinta mereka.

"Sebaliknya, u memilih untuk terus bertahan, terus percaya, dan terus berjalan bersama I," ungkap pelakon dan pengacara itu dengan penuh makna.

Kagum dengan ketabahan isteri yang juga merangkap pengurus peribadinya itu, Izzue memuji sikap Awin yang tidak pernah menjadikan kekurangan tersebut sebagai alasan untuk mengalah dengan takdir.

Kata Izzue, sepanjang perjalanan ini, isterinya itu tidak pernah menjadikan ujian sebagai alasan untuk menyerah, sebaliknya memilih untuk terus bertahan, terus percaya, dan terus berjalan bersamanya.

Walaupun menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki yang tidak pandai bermadah atau meluahkan perasaan menerusi kata-kata, pelakon drama popular ini tetap memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas jodoh yang tertulis.

Melihat kebahagiaan Awin yang gembira dapat berkuda di tepi pantai pada hari istimewanya sudah cukup membuatkan sekeping hati suami berasa tenang dan bahagia.

Sambil menitipkan ucapan selamat hari lahir buat cinta hatinya, Izzue sempat menitipkan doa agar ALLAH SWT sentiasa membahagiakan wanita itu, sebagaimana Awin telah mencurahkan segala kebahagiaan dalam hidupnya sepanjang bergelar suami isteri.

"Bila i tengok u ketawa menunggang kuda di tepi pantai ni, hati i cuma ada satu doa…

"Ya ALLAH, bahagiakanlah wanita ini sebagaimana dia telah membahagiakan hidup aku selama ini.

"Selamat Hari Lahir, cinta hati saya," titip Izzue buat wanita kesayangannya itu.