'Syabas Shu!'– Air mata syukur Shuhada Shukri, berjaya didik anak dengan cemerlang, pencapaian Umar & Humairah luar biasa

Iklan

IBU mana tidak gembira apabila cahaya mata meraih kecemerlangan. Personaliti media sosial, Shuhada Shukri meluahkan rasa syukur apabila dua cahaya matanya meraih pencapaian luar biasa di sebuah sekolah di Australia.

Dalam catatan di Instagram, Shuhada yang mesra disapa Shu berkongsi momen terharu dan sebak ketika menghadiri sesi pertemuan dengan guru anaknya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Shout out to all single mother out there! Hari ini saya pergi ke pertemuan ibu bapa dan guru dan kedua-dua guru memaklumkan bahawa pencapaian Umar dan Humairah sangat luar biasa.

Iklan

"Guru beritahu saya telah menjalankan tugas dengan sangat baik dalam membesarkan anak-anak dan mereka mempunyai akhlak serta pengetahuan yang cemerlang. 

Iklan

"Buat masa ini, saya akhirnya boleh menepuk bahu sendiri dan berkata dengan bangga,"Syabas, Shu," titipnya.

Menurut Shu, anak keduanya Umar memiliki kemahiran Bahasa Inggeris yang baik dan mempunyai penguasaan tatabahasa luas biarpun bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah.

"Cikgu Umar cakap"Umar sangat seronok untuk diajak berbual. Kosa kata dan pilihan perkataannya sangat mengagumkan bagi usianya.

"Pak lebai tu memang cakap tak berhenti. Ibu wajibkan dia bercakap dalam Bahasa Melayu di rumah, jadi dia tidak lupa bahasa ibunda sampai bila- bila," kongsinya lagi.

Artikel berkaitan:

Melalui platform yang sama, wanita itu meluahkan rasa sebak yang tidak tertahan melihat didikannya sebagai ibu tunggal telah membuahkan hasil.

"Mata merah, air mata tak nak stop," luahnya lagi.

Terdahulu, anak sulungnya, Humairah, 9, meraih gelaran Pelajar Terbaik pada tahun 2025.

Sekadar info, Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri bersama dua cahaya matanya berhijrah ke Melbourne, Australia pada Julai 2024.

Dia sebelum ini bercerai dengan pelakon Hafidz Roshdi pada 24 Februari 2023 selepas tujuh tahun berumah tangga.

Sumber: Instagram