PELAKON Rita Rudaini menjadi saksi kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mencipta kejayaan memecah rekod bagi acara lari berpagar 110 meter Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)!
Mewakili Kontinjen Selangor ke Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan Kali Ke-11 merupakan acara sukan tahunan utama yang telah berlangsung di Stadium UUM Sintok, Kedah, Rayyan mencipta rekod baharu dengan catatan masa 15.1 saat.
Rita yang turut hadir memberi sokongan kepada Rayyan berkongsi rasa terharu dan ucapan tahniah.
"Pingat emas 110 meter hurdle, pecah rekod MRSM Semalaysia dengan masa 15.1 saat.
"Tahniah Champ Airit Rayyan. Bangga menjadi sebahagian daripada Kontinjen Selangor. Terima kasih kepada guru-guru,jurulatih dan semua rakan seperjuangan yang sentiasa ada di belakang kejayaan ini.
"Terus rendah diri, terus berlari, terus cipta sejarah," titip Rita.
Artikel berkaitan:
- Anak Rita Rudaini cipta catatan baru pecut 200 meter, guru puji seimbang pelajaran, hafalan al-Quran & sukan. 'Umur 15 tahun, 2 rekod MSSD. Bukankah itu satu kebanggaan?'
- 'Jauh dari KL, ibu tunggal bukan kekurangan...' Anak pecah rekod berusia 20 tahun, warganet tersentuh sokongan padu Rita Rudaini, selalu ada di sisi
Bagaimanapun, rekod yang dicatat, Rita sempat menitipkan pesanan. Sejurus tamat kejohanan tersebut, fokus anak muda ini perlu beralih pantas ke arah persediaan akademik memandangkan peperiksaan bakal menjelang tidak lama lagi.
"Alhamdulillah. Every hurdle was worth it. No time to slow down. SPMRSM trial, here we come! Good luck Champ Airit Rayyan," kongsinya.
Sekadar info, Rayyan terdahulu memecah rekod acara 100 meter Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam pada 2025.
Rayyan yang turut mewakili maktabnya dalam sukan bola sepak sering mencatat keputusan cemerlang sehingga tersenarai sebagai pelajar terbaik.
Sekadar info, Rita mempunyai seorang lagi orang anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna.
Kedua-dua mereka merupakan cahaya mata daripada perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak. Mereka yang berkahwin pada 2008 sah bercerai talak satu pada lima tahun kemudian.
Sumber: Instagram