Izam EYE kongsi berita duka, anak bongsu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

Iklan

PENYANYI kumpulan EYE, Izam, berkongsi khabar pilu mengenai pemergian anak bongsu tersayang, Muhammad Umar Al Faroq, yang menghembuskan nafas terakhir akibat kemalangan jalan raya.

Berita yang amat menyayat hati itu dikongsikan sendiri oleh Izam menerusi satu hantaran menyentuh perasaan di laman Facebook  miliknya awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut mengenai tragedi berkenaan, pemilik nama sebenar, Mohd Izam Arshad memaklumkan insiden buruk itu berlaku sekitar jam 12 tengah malam sebelum anaknya disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa dan berada di Hospital Serdang untuk urusan susulan.

Iklan

Dalam perkongsian yang sama, dia turut memohon titipan doa daripada seluruh sahabat, peminat dan orang ramai agar perjalanan terakhir anak lelakinya itu dipermudahkan serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Assalamualaikum, innalillahiwainnailaihiraji'un. Doakan anak lelaki bongsu saya ini ya sahabat-sahabat semua? Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pukul 12 tengah malam tadi dan telah meninggal dunia, dan kini berada di Hospital Serdang. Namanya Muhammad Umar Al Faroq bin Mohd Izam," luahnya dalam hantaran tersebut

Iklan

Kehilangan permata hati pastinya menjadi tamparan yang amat hebat buat mana-mana ibu bapa.

Rata-rata pengikut turut memenuhi ruangan komen dengan ucapan takziah serta doa yang tidak putus-putus agar seluruh ahli keluarga tabah memikul ujian berat ini.

Kami di SinarPlus turut menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mendoakan semoga roh Allahyarham Muhammad Umar Al Faroq dicucuri rahmat serta ditempatkan di tempat yang paling indah di sisi-NYA.