'Moga jadi permulaan baharu...’ – Bella Astillah titip tahniah buat Syed Saddiq 

Iklan

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah meluahkan rasa bersyukur apabila tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dibebaskan daripada sebarang pertuduhan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam hantaran di Threads, pemilik nama Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah menitipkan doa agar berita gembira itu menjadi titik tolak kepada permulaan baharu yang lebih baik.

Iklan
Iklan

"Syukur Alhamdulillah. Semoga menjadi permulaan kepada lebih banyak kebaikan, kebahagiaan dan ketenangan, insya-ALLAH.

"Tahniah Syed Saddiq," kongsinya.

Iklan

Sementara itu, dalam satu rakaman podcast bersama, Bella sempat bertanyakan kepada Syed Saddiq sama ada beliau mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan keputusan mahkamah tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, pertanyaan itu disambut dengan jawapan spontan oleh Syed Saddiq yang berseloroh mahu terus melangsungkan perkahwinan mereka. 

Usikan tersebut membuatkan Bella tersipu malu.

Meskipun menganggap perkara itu penting, Syed Saddiq secara berseloroh menyatakan topik berkenaan akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada segmen podcast yang seterusnya. 

Sekadar info, pasangan berkenaan terdahulu melangsungkan pertunangan pada 28 Mac lalu.

Syed Saddiq, 34, dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

Sumber: Thread, TikTok