Sempena 40 tahun SHIN Ramyun, NONGSHIM tampil dengan Stir Fry Kimchi berkonsepkan 'SWICY'

Iklan

Bukan lagi sekadar mengenyangkan perut, mi segera hari ini sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup.

Lebih-lebih lagi apabila budaya makanan Korea terus menjadi kegilaan ramai, daripada hidangan di restoran sehinggalah resipi viral yang sering memenuhi media sosial.

Iklan
Iklan

Tidak hairanlah, setiap kemunculan perisa baharu sentiasa mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan pencinta makanan.

Seiring sambutan ulang tahun ke-40, SHIN Ramyun daripada NONGSHIM memperkenalkan satu lagi pilihan buat penggemar mi segera iaitu Stir Fry Kimchi, yang diinspirasikan daripada hidangan kimchi goreng popular di Korea.

Iklan

Perisa baharu ini mengetengahkan konsep 'SWICY', gabungan rasa manis dan pedas yang kini semakin mendapat tempat dalam trend kulinari antarabangsa.

Pelancaran tersebut hadir pada tahun yang cukup bermakna buat jenama berkenaan apabila SHIN Ramyun turut mencatat sejarah sebagai jenama mi segera Korea pertama yang merekodkan jualan global melebihi KRW20 trilion.

Iklan

Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, kira-kira 42.5 bilion pek SHIN Ramyun telah dinikmati pengguna di seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama mi segera Korea paling dikenali.

Mengambil inspirasi daripada rasa autentik kimchi goreng, Stir Fry Kimchi menawarkan kombinasi rasa pedas, sedikit manis dan umami yang seimbang.

Mi kenyal yang menjadi identiti SHIN Ramyun dipadankan dengan sos yang lebih pekat, selain dilengkapkan dengan cebisan kimchi asli dan sawi putih bagi memberikan tekstur serta rasa yang lebih menyelerakan.

Bagi mereka yang gemarkan hidangan Korea tetapi mahukan sesuatu yang ringkas disediakan di rumah, variasi ini boleh menjadi pilihan.

Menariknya, produk berkenaan turut mendapat pensijilan halal dan dibangunkan khusus untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden NONGSHIM, Antonio Jo, pelancaran perisa baharu itu mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang mengikut perubahan selera pengguna tanpa mengetepikan identiti pedas yang sinonim dengan SHIN Ramyun sejak empat dekad lalu.

"Selama 40 tahun, SHIN Ramyun telah membawakan cita rasa Korea kepada pengguna di seluruh dunia. Stir Fry Kimchi membuktikan bagaimana kami terus berevolusi mengikut trend makanan semasa sambil mengekalkan identiti pedas yang menjadi warisan jenama ini," katanya.

(Dari kiri) Duta Jenama NONGSHIM Malaysia, Wany Hasrita; Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden NONGSHIM, Encik Antonio Jo; dan Duta Jenama NONGSHIM Malaysia, Khai Bahar ketika acara pelancaran NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi yang baharu.

Fenomena makanan Korea yang masih kukuh di seluruh dunia turut mendorong penghasilan lebih banyak variasi perisa yang memenuhi selera pengguna moden. Stir Fry Kimchi menjadi antara usaha terbaharu untuk menawarkan pengalaman menikmati hidangan Korea dalam cara yang lebih mudah tanpa mengorbankan rasa autentiknya.

Perisa baharu SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi kini boleh didapati di pasar raya utama di seluruh negara serta platform dalam talian. Bagi peminat makanan Korea yang gemarkan gabungan rasa pedas, manis dan beraroma, ia menawarkan satu lagi pilihan untuk dinikmati pada bila-bila masa.