Muka baharu silih berganti, Shahz Jaszle tetap laris! Dedah rahsia 11 tahun kekal bahagia – 'Bergaduh bagaimanapun, tetap tidur bersama'

Iklan

KEDATANGAN gelombang bakat dan pelakon baharu dengan visual segar saban hari langsung tidak menggoyahkan kedudukan Shahrizal Jaszle Jasmin atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle dalam industri seni tanah air.

Walaupun saingan kian sengit, kelibat aktor berkaliber ini tetap menjadi pilihan utama pengarah dan penerbit tempatan.

Iklan
Iklan

Bagi Shahz, rezeki yang masih melimpah-ruah ini diterima dengan penuh rasa syukur sambil menyifatkan kualiti kerja menjadi taruhan utamanya untuk kekal relevan.

"Alhamdulillah, rezeki untuk rezeki dan saya masih relevan dari situ. Sebab itu dari awal lagi saya cakap, I want to focus on my job based on the quality that I shoot. So, Alhamdulillah orang masih percaya pada saya," katanya mesra.

Iklan

Bukan sekadar bergantung pada bakat seni semata-mata, pelakon tampan ini turut menekankan kepentingan menjaga penampilan fizikal dan kesihatan kendiri sebagai satu aset wajib dalam dunia perfileman.

" That's why I have to keep on my body shape and stay healthy. Dari segi lakonan itu individual lah, masing-masing punya cara. Tapi dari segi penjagaan rutin badan ataupun kesihatan, itu yang saya utamakan.

Iklan

"Dan Alhamdulillah saya ada pengurus yang bagus, dia dah tahu apa yang saya nak. Kita berkomunikasi dengan cara yang mudah, dia cuma tanya 'Okay, what do you want to achieve?' Jadi saya beritahu rancangan saya dan I just let her know," ulasnya lagi.

Bercakap mengenai impian yang belum tercapai, Shahz mengakui pernah terdetik hasrat untuk berjinak-jinak di kerusi pengarah.

Bagaimanapun, nasihat rakan-rakan industri membuatkannya memilih untuk terus menikmati kerjaya lakonan buat masa ini tanpa sebarang tekanan.

"Sebenarnya saya nak direct, saya ingat saya nak direct. Tapi kebanyakan orang masih cakap 'Tak apa Syaz, sebelum kau direct tu make sure kau... because you are still relevant dalam lakonan.

"So just go ahead, just enjoy.' Jadi saya tak fikir dari sisi itu, saya tak nak stress. Saya biar ALLAH putuskan apa yang saya nak lakukan," kongsinya jujur.

Mula dikenali menerusi watak Ash dalam Tari Tirana pada tahun 2009, anak jati Kuala Lumpur itu sering digandingkan dengan pelakon wanita jelita di set penggambaran.

Penulis bertanyakan bagaimana dirinya menangani perasaan sang isteri terutama dalam mengutip kepercayaan dirinya untuk 'melepaskan' suami tersayang berganding dengan pelakon-pelakon cantik di luar sana.

Namun, Shahz menegaskan kepercayaan merupakan asas paling kukuh dalam rumah tangga mereka, selain mengakui kejelitaan isterinya, Hanis Husna sentiasa mengatasi yang lain.

"Wife saya seorang yang cantik, jadi dia tak ada rasa cemburu atau nak menegur apa-apa terutama dalam hal lakonan saya. Alhamdulillah dia percaya pada saya.

"Saya pun tak ada suka lepak di luar, basically by the time I'm done with shooting, I'm already home. Tak ada nak singgah mana-mana. Yang penting percaya pada pasangan dan percaya diri.

"Petua rumah tangga kami ringkas sahaja, kena saling menyayangi satu sama lain dan percaya, trust is number one," jelas bapa kepada tiga cahaya mata.

Menjadikan kediamannya sebagai sanctuary sebenar selepas penat berhabis tenaga di lokasi, Shahz menyifatkan rumah sebagai tempat paling tenang untuk kembali ke pangkuan insan tersayang.

"Sebenarnya rumah adalah satu-satunya tempat yang paling peaceful. Bila saya balik, lagi-lagi bila ada anak, saya tak pernah minta banyak. Tak pernah minta hadiah atau apa-apa yang perlu keluarkan duit.

"Cukuplah dia jadi ibu kepada anak-anak saya, jaga makanan saya, I'm very happy already," luahnya penuh kesyukuran.

Tidur bersama rahsia kekal bahagia

Menyentuh mengenai perkembangan isterinya yang kini bergiat aktif sebagai pempengaruh media sosial, Shahz meluahkan rasa bangga dan sentiasa memberi sokongan padu terhadap kerjaya wanita berkenaan dari rumah.

"Sebelum ini dia berkerjaya, ada buat modelling. Tapi bila dah pregnant dan ada anak, susah sikit. Sekarang dia jadi influencer dan banyak buat produk review.

"Kadang-kadang bayaran produk review dia lagi besar daripada saya punya! I'm happy for her, dia pun buat kerja dari rumah dan dia suka.

"Saya tak pernah kisah dia nak keluar dengan kawan ke, pergi tengok wayang ke, lepak ke... as long as you're happy in your life, I'm happy with it," selorohnya.

Mengulas mengenai fenomena keretakan rumah tangga selebriti yang sering tular di media sosial, Shahz dan isteri mempunyai prinsip tersendiri dalam mengendalikan sebarang konflik keluarga tanpa perlu menjajanya kepada umum.

"Risau tu memang risau sebab bukan semua benda yang kita nampak di media sosial itu mudah. Tapi macam mana pun saya cakap dengan dia, if anything happen in public, we don't fight. Depan anak-anak pun we don't fight, just stay professional.

"Kalau tak puas hati dengan saya kat luar, diam dahulu dan kita cakap kemudian bila di rumah. Rutin kami untuk kekal bahagia, tak kisah macam mana pun kami bergaduh, kami tetap akan tidur bersama," tambahnya lagi.

Shahz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran siri mikro K-drama TikTok NONGSHIM, Impian Di Seoul, baru-baru ini.

Selepas mencuri perhatian menerusi siri mikro K-drama TikTok Salju Di Busan, NONGSHIM Malaysia kembali dengan musim kedua berjudul Impian Di Seoul yang membawa penonton menyelami kisah lebih dekat dengan realiti kehidupan anak muda masa kini. 

Menggabungkan elemen drama Korea, emosi dan dunia digital, siri terbaharu ini sekali lagi menampilkan Duta Jenama NONGSHIM Malaysia, Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai watak utama. Turut membintangi drama tersebut ialah Shahz Jaszle.

Jika musim pertama mengetengahkan kisah persahabatan dan persaingan di Busan, Impian Di Seoul membawa penonton meneroka perjalanan mengejar cita-cita, mencari identiti diri serta cabaran dalam dunia yang semakin dipengaruhi budaya digital. 

Dengan jalan cerita lebih mendalam, konflik emosi dan babak tergantung (cliffhanger), setiap episod dirangka untuk membuatkan penonton terus mengikuti perkembangan watak-wataknya.

Diperkenalkan sempena Malaysia International Film Festival (MIFFest) Ke-9 2026, siri ini menjadi satu lagi langkah NONGSHIM dalam meneroka format hiburan digital yang menggabungkan penceritaan kreatif dan hubungan emosi bersama penonton. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif / Presiden NONGSHIM, Antonio Jo, sambutan terhadap Salju Di Busan membuktikan bahawa kisah yang dekat dengan hati penonton mampu mencipta impak lebih besar.

Sementara itu, Pengurus Komersial GBA Corporation (NONGSHIM Malaysia), Foo Siew Kheng berkata, kejayaan musim pertama memberi inspirasi untuk meneruskan penghasilan kandungan segar yang menggabungkan budaya Korea, kreativiti dan citarasa tempatan.