'Sentiasa rendah diri, berani teruskan impian' – Azalina Othman Said syukur anak raih ijazah kelas pertama di UK

Iklan

KEGEMBIRAAN dan rasa bangga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said jelas terpancar apabila anak perempuannya, Azareena, berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda dengan cemerlang.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram, Azalina berkongsi detik manis meraikan kejayaan Azareena yang meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Penulisan Kreatif dari University of Essex, United Kingdom.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Pengerang melafazkan rasa syukur atas kejayaan, kesihatan dan rezeki yang dikurniakan kepada anaknya sepanjang menuntut ilmu di menara gading.

Iklan

"Selamat maju jaya anakku Azareena. Saya sangat bangga dengan pencapaianmu, terutamanya apabila meraih Ijazah Kelas Pertama dalam bidang penulisan kreatif dari University of Essex. 

"Ibu amat bersyukur kepada ALLAH atas kejayaan, rezeki dan kesihatan buatmu," coretnya.

Iklan

Menitipkan pesanan buat puterinya, Azalina menitip harapan buat Azareena agar sentiasa berani mengejar impian.

"Saat melangkah ke fasa baharu kehidupan, beranikanlah diri untuk mengejar impianmu. 

"Percayalah pada diri sendiri, sentiasa rendah diri dan jangan pernah berhenti belajar. Ibu sayang kamu dengan sepenuh hati. Dengan penuh rasa kasih dan bangga, anak gadis kesayanganku!" titip Azalina.

Kejayaan cemerlang yang diraih Azareena menerima ucapan tahniah daripada warga maya

Rata-rata warganet tumpang gembira atas pencapaian membanggakan tersebut.

"First class! Tahniah Azareena dan Datuk Seri."

"Congrats to daughter dan Datuk Seri @azalinaothmansaid ."

"Made your mom proud, we love you."

Sumber: Instagram