'Pengorbanan yang tidak ternilai' - Nabil Izz Qaisar derma paru-paru, jantung, hati, buah pinggang, kornea beri manfaat enam penerima

Iklan

PEMERGIAN pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Allahyarham Nabil Izz Qaisar Mohd Zairee terus memberi sinar harapan kepada insan lain.

Pakar Perunding Anestesia dan Rawatan Kritikal Hospital Selayang Dr Haslinda Abd Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan proses pendermaan organ Allahyarham dan pemindahannya kepada enam penerima telah dilaksanakan pada awal pagi Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata organ yang didermakan ialah paru-paru, jantung, hati, dua buah pinggang dua dua kornea.

Iklan

Hospital Selayang mengadakan Honor Walk sebagai tanda penghormatan terakhir memaklumkan dalam suasana penuh hening pada 3 pagi, ahli keluarga serta warga hospital mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham sebagai simbol penghargaan terhadap pengorbanan amat bermakna itu.

Allahyarham Nabil Izz Qaisar pelajar Diploma Kewangan Islam, Jabatan Perdagangan PSIS, disahkan meninggal dunia pada 3.50 petang Isnin, sehari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya.

Iklan

SinarPlus terdahulu berkongsi video memaparkan Honor Walk yang menerima lebih 360,000 tontonan dan meruntun hati ramai sekali gus meruntun hati warganet.

Sumber: BERNAMA