'ALLAH tahu niat saya' – Fazura pilih kekalkan hubungan baik dengan Fattah demi Fatima

Iklan

SELEPAS sebuah hubungan berakhir, tidak semua perkara perlu berakhir bersama. Ada yang memilih membawa haluan masing-masing, namun masih mencari jalan untuk terus berhubung atas satu sebab yang jauh lebih besar – anak.

Begitu juga dengan pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang memilih untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami, Fattah Amin sehinggakan meraih pujian danmendapat reaksi positif daripada peminat.

Iklan
Iklan

Bagi Fazura, apa yang dilakukan bukan semata-mata untuk dirinya, sebaliknya demi memastikan kebajikan serta masa depan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya terus menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, yang penting sekali Allah tahu niat saya. Kepentingan ketika ini adalah Fatima. Dia pun sudah nak masuk usia enam tahun.

Iklan

“Jadi, kami sepakat untuk fokus pada Fatima. Itu sahaja,” katanya kepada SinarPlus.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Zaimi Zulkafli sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW2026) yang berlangsung di KLCC, Sabtu lalu.

Iklan

Hubungan demi anak

Bagi pasangan yang pernah berkongsi kehidupan sebagai suami isteri, perjalanan selepas berpisah pastinya mempunyai sisi tersendiri.

Namun, apabila melibatkan anak, keutamaan boleh berubah.

Fazura memilih untuk melihat hubungan dengan Fattah dari sudut yang lebih matang, terutama apabila Fatima kini semakin membesar dan bakal menginjak usia enam tahun.

Malah, ketika Fazura menghadiri acara fesyen berkenaan, Fatima tidak bersamanya kerana sedang meluangkan masa bersama bapanya.

“Fatima tiada beraama saya. Dia bersama daddynya. Kalau dia datang sekali pun, dia akan enjoy dengan pertunjukan fesyen ini.

“Jadi hari ini, saya ada me time,” ujarnya sambil berseloroh.

Kenyataan itu secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana kedua-duanya kini memberi ruang untuk Fatima meluangkan masa bersama ibu dan bapanya.

Dalam pada itu, Fazura kini lebih banyak memberikan perhatian kepada kerjaya serta perniagaan yang diusahakannya.

Selepas bersara daripada lakonan drama, pelakon filem Gol & Gincu itu berkata tumpuannya kini adalah mencari rezeki, membesarkan anak dan mengembangkan perniagaan.

“Saya kini sibuk bekerja, cari rezeki besarkan anak dan kembangkan bisnes.

“Saya sudah bersara daripada berlakon drama manakala filem pula, kita tunggu perkembangan selanjutnya.

“Jika ada rezeki, saya aan buat pengumuman tidak lama lagi,” katanya sambil tersenyum.

Di sebalik kesibukan menguruskan kehidupan dan kerjaya, Fazura bagaimanapun masih terbuka terhadap peluang untuk kembali ke layar perak sekiranya hadir projek yang bersesuaian.

Sementara itu, Fazura turut berkongsi mengenai momen dirinya yang kelihatan sebak selepas pertunjukan fesyen Zaimi Zulkafli.

Menurutnya, perasaan itu hadir kerana dia begitu berbangga melihat hasil kerja keras pereka berkenaan bersama seluruh pasukannya.

“Saya memang peminat dan klien setia Zaimi Zulkafli. Mereka ini sudah seperti adik-adik saya.

“Bila diberikan bunga jadi ‘hati tisu’, saya terus rasasebak.

“Pada masa sama, saya sangat bangga dengan perjalanan seluruh pasukan Zaimi Zulkafli.

“Mereka bekerja keras sejak beberapa bulan yang lalu. Saya terharu melihat hasilnya hari ini,” katanya.

Buat Fazura, perjalanan hidup mungkin sudah memasuki fasa yang berbeza, namun satu perkara kekal menjadi keutamaan – memastikan Fatima membesar dalam suasana yang baik dan penuh kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.