15 tahun berusaha dapatkan zuriat, IVF kali kedua, Anne Achey titip semangat buat Janna Nick – ‘Semoga kita kuat macam awak’

Iklan

PERJALANAN mendapatkan cahaya mata bukan sesuatu yang boleh diukur dengan tempoh masa. Bagi sesetengah pasangan, penantian itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun dan memerlukan kekuatan emosi yang tidak sedikit.

Situasi itu turut dilalui isteri kepada pelawak Achey, Anne, yang berkongsi pengalamannya selepas melihat perkongsian pelakon dan pengacara, Janna Nick mengenai perjalanan mendapatkan zuriat.

Iklan
Iklan

Menerusi ruangan komen, Anne menitipkan kata-kata semangat kepada Janna sambil mendedahkan dirinya bersama Achey sudah 15 tahun melalui fasa mencuba untuk mendapatkan cahaya mata (TTC) 

“U jangan putus asa, okay. Kita dengan Achey dah TTC 15 tahun. Tahun ini IVF kali kedua. I doakan u juga, semoga dipermudahkan semuanya. Amin,” tulisnya.

Iklan

Komen tersebut kemudian mendapat perhatian Janna yang membalas dengan ucapan terima kasih kepada Anne atas sokongan yang diberikan.

Iklan

“Anne! Thanks bagi semangat. Semoga kita kuat macam awak,” balas Janna.

Sebelum itu, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi sisi peribadinya dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan yang masih berusaha mendapatkan cahaya mata.

Isteri kesayangan Dini Schatzmann tersebut meminta orang ramai supaya tidak terlalu bersimpati dengan dirinya kerana dia sudah menerima dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

“He knows what’s best for us. Sedih sikit-sikit tu biasalah. Ada momen-momen macam tu yang datang dan pergi. Kadang-kadang memang tak boleh nak control.

“Hidup berdua je pun tak adalah sendu sangat. Bosan-bosan, boleh travel tanpa fikir cuti sekolah anak. But seriously, I’m okay,” tulisnya.

Perkongsian itu ternyata menyentuh hati ramai pengikut yang memahami bahawa perjalanan TTC setiap pasangan mempunyai cerita dan tempoh penantian yang berbeza.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri, termasuk ada yang sudah melalui fasa tersebut selama empat hingga hampir sembilan tahun.

Ada yang mengakui antara perkara paling sukar bukan sekadar perjalanan mendapatkan zuriat, tetapi berdepan soalan dan komen orang sekeliling yang kadangkala boleh mengguris hati.

“Empat tahun TTC sis. Saya okay sebab kita boleh enjoy dengan pergi mana-mana, tak perlu fikir anak, sekolah dan macam-macam lagi.

“Stay berdua memang best, tapi itulah mulut orang yang kadang-kadang buat kita down sangat. Soalan mereka buat hati sakit sangat-sangat.

“Sekarang saya reda. Kalau ALLAH bagi, alhamdulillah. Kalau tidak, saya anggap belum ada rezeki,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pengikut turut menitipkan doa buat Anne agar usaha IVF yang sedang dilaluinya dipermudahkan dan membuahkan hasil.

“Semoga doa ibu hamil ini ALLAH angkat. Saya doakan IVF kali ini berjaya dan segala urusan dipermudahkan, seterusnya mengandung dan bersalin.

“Saya pun bekas TTC. Faham sangat. Semoga Janna Nick juga dikurniakan zuriat tidak lama lagi. Aamiin,” tulisnya.

Dalam pada itu, ada juga wanita yang berkongsi pengalaman pernah melalui proses IVF, termasuk kehilangan kandungan pada usia 10 minggu.

Kisah-kisah yang dikongsikan itu memperlihatkan satu persamaan, perjalanan TTC bukan sekadar tentang menunggu hadirnya seorang anak, tetapi turut mengajar pasangan untuk saling menguatkan, menerima ketentuan dan menjaga hati dalam menghadapi pelbagai perkara sepanjang perjalanan tersebut.

Buat Janna dan Anne, kata-kata sokongan daripada mereka yang pernah melalui pengalaman sama mungkin menjadi sedikit kekuatan untuk terus melangkah, satu hari demi satu hari.