Bercerai dengan Yusuf Bahrin, Zizi Kirana tetap jaga hubungan dengan keluarga bekas suami – ‘ALLAH bagi saya kehadiran seorang ayah’

Iklan

PENCERAIAN mungkin menamatkan hubungan mana-mana pasangan sebagai suami isteri, namun bagi Zizi Kirana, kasih sayang dan silaturahim dengan keluarga bekas suami tidak seharusnya berakhir begitu sahaja.

Penyanyi itu mendedahkan dia kini tidak lagi berhubung dengan bekas suaminya, Yusuf Bahrin, selepas mereka berpisah pada April lalu.

Iklan
Iklan

Namun, hubungannya dengan keluarga Yusuf masih baik dan kekal rapat sehingga kini. Malah, dia masih berhubung dengan mentua, adik-beradik ipar serta saudara-mara keluarga tersebut.

Menurut Zizi, dia menghargai hubungan berkenaan kerana keluarga bekas suaminya sentiasa melayan dirinya dengan baik.

Iklan

“Saya dengan Yusuf tak berhubung, saya terus cut off. Tetapi dengan keluarga dia, dengan mak, abah, adik ipar dan makcik-makcik dia, alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung.

Iklan

“Mak dan abah, orang yang sangat baik. Jadi saya rasa benda itu tak patut untuk saya putuskan. Silaturahim ini penting,” katanya.

Bahkan, mentuanya masih menghubungi dan menziarahinya dari semasa ke semasa.

Terbaharu, keluarga Yusuf datang ke rumah Zizi bersama adik iparnya sambil membawa pelbagai juadah termasuk asam pedas, kerepek dan kuih.

“Mereka datang ziarah saya ke rumah. Mak dia ziarah saya dengan adik ipar saya. Bawakan asam pedas, kerepek dan kuih.

“Saya macam, ya ALLAH. Inilah orang kata bahagia yang walaupun nampak macam biasa, tetapi ini menyenangkan saya. Saya tak perlu bermusuh atau apa-apa,” ujarnya.

Bagi wanita tersebut, hubungan berkenaan bukan sesuatu yang perlu diputuskan hanya kerana dia dan Yusuf sudah membawa haluan masing-masing.

Malah, dia melihat mentua sebagai insan yang sangat dihormati dan disayangi, terutama bapa mentuanya yang dianggap seperti seorang ayah.

Kenangan menunaikan umrah bersama keluarga bekas suami pada 2025 juga menjadi antara pengalaman paling bermakna buat Zizi.

“Saya dengan abah pergi umrah sama-sama pada 2025. Kami pergi umrah sama-sama dan duduk satu bilik.

“Itu adalah momen yang sangat berharga untuk saya simpan sampai bila-bila. Walaupun saya dengan Yusuf berpisah, tetapi ALLAH bagi saya kehadiran seorang ayah.

“Jadi saya sangat bersyukur sebenarnya hubungan itu tak terputus dengan mereka,” katanya.

Zizi mengakui kehadiran bapa mentuanya memberi makna tersendiri dalam hidup kerana dia sendiri tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.

Justeru, dia memilih untuk terus menghargai hubungan tersebut tanpa menjadikan perceraian sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim.

Dalam pada itu, Zizi turut memahami keadaan dan menjaga batas apabila mentuanya mengajaknya pulang ke Melaka.

Katanya, dia akan cuba memilih waktu yang sesuai supaya tidak berlaku pertembungan dengan Yusuf.

“Mak selalu telefon, ‘Bila nak balik Melaka?’

“Saya akan cakap, ‘Mak, okey, saya boleh balik.’ Cuma saya akan tengok supaya tak ter clash,” katanya sambil ketawa.

Menyentuh mengenai kerjayanya, terbaharu Zizi melancarkan single terbaharu 'Yang Tinggal' terbitan Icon Records dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia.

Sumber gambar: Bangsawan Pictures

Lagu tersebut menyatukan Malique, Zizi dan Yasin Sulaiman dalam sebuah karya berteraskan nilai kemanusiaan yang mengangkat tema kehilangan, pengorbanan dan harapan.

Lagu ciptaan Malique dan Tripdisz itu turut menandakan lembaran baharu buat Yasin Sulaiman apabila bahagian vokalnya dirakam ketika berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta sebelum kembali aktif dalam industri muzik tanah air.

Sumber gambar: Bangsawan Pictures