PENYANYI Najwa Latif akhirnya bersuara isu yang membabitkan buli siber dan sebuah hantaran di platform Threads baru-baru ini.
Tindakan individu berkenana bertindak membandingkan fizikal dan penampilan Najwa selepas bersalin dengan beberapa selebriti tempatan yang lain turut menerima kecaman daripada warganet lain.
Berkongsi luahan hatinya berhubung pengalaman berdepan kecaman seawal usia belasan tahun, pensyarah Bahasa Inggeris itu terharu dengan tindakan mereka yang mempertahankannya.
"Saya sentiasa percaya yang setiap orang berhak ada pendapat masing-masing. Saya mungkin tak boleh terima tetapi saya akan tetap hormat walaupun saya tak terima penghormatan yang sama.
Dalam masa yang sama, pelantun Cinta Muka Buku itu mengakui dia jarang memberikan reaksi di media sosial dan berharap positiviti itu kembali kepada mereka yang berbuat baik dengannya.
Artikel penuh:
- Inspirasi! Najwa Latif kini pensyarah UiTM. 'Tak perlu mengejar glamour...'
- Najwa Latif timang anak sulung tepat anniversary ketiga .' '11. 11 jadi lebih bermakna'
- Najwa Latiff kini bergelar isteri, Akwa Ariffin jadi pilihan
- 'ALLAH bagi pinjam 5 minggu...' Najwa Latif kongsi berita duka, keguguran anak pertama
"Saya jarang bercakap pasal apa yang saya rasa kat media sosial, tapi saya betul-betul tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan korang. Terima kasih sebab memahami, sebab ada belakang saya walaupun masa saya tak tengok, dan sebab pilih untuk berbuat baik dengan saya.
"Saya tak tahu apa yang saya dah buat sampai layak dapat semua ni, tapi saya harap kebaikan korang akan kembali balik kat korang. Insya-Allah, amin.
"Terima kasih sebab bantu sembuhkan sebahagian daripada diri saya yang berumur 16 tahun tu," jelasnya.
Sekadar info, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 31, berkahwin dengan rapper Akwa Ariffin pada November 2022 dan telah dikurniakan cahaya mata bernama Medina pada 11 November 2025.