'Anak bukan barang dagangan, tidak mahu rasa broken home..' - Cik Epal jelaskan punca beri hak penjagaan 2 cahaya mata kepada Jofliam

Iklan

PEMPENGARUH Cik Epal menjelaskan mengenai keputusan menyerahkan hak penjagaan dua cahaya matanya, Han dan Yuki, kepada bekas suami, Jofliam.

Sebagai seorang ibu, pemilik nama Nor Munirah Mahmud, 31, itu menegaskan kedua-dua anaknya begitu berharga dan tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk memenuhi kepentingan mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

Malah, Cik Epal turut berkata, Han dan Yuki bukan barang dagangan atau alat untuk memenangkan ego serta pertikaian antara ibu bapa.

"Bila masa pula kau menang? Han dan Yuki bukan barang dagangan.

Iklan

"Mereka bukan barang untuk menangkan ego dan fitnah mak kandung jahat supaya anak tak hormat. Bukan barang untuk menunjuk kasih sayang.

Iklan

"Bukan barang untuk mengemis nafkah tiap kali tukar giliran, bukan barang menyakitkan hati datuk nenek iaitu mak bapa aku.

"Bukan barang untuk jadi spy dan untuk guilt trip supaya jangan gembira bila ada dengan aku.

"Bukan barang dagangan pindah randah atau barang nak tunjuk bini baru lagi bagus. Bukan didengki sebab nak keluar negara," kongsinya.

Dalam pada itu, Cik Epal berkata keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira emosi dan kesejahteraan dua permata hatinya, selain tidak mahu mereka terus berdepan tekanan akibat konflik orang dewasa.

"Aku mahu Han dan Yuki tak perlu hadapi stres seperti pakar beritahu sebab kena hasut, sampai sanggup cakap aku ini perempuan murah kena cerai.

"Aku tidak seperti kau tamak dan hasut anak benci bapa. Aku tidak mahu anak-anak dihasut. Aku tidak nak anak-anak rasa broken home.

"Itu anak, bukan binatang. Kalau nak jadi low, silakan," titipnya.

Terdahulu, Jofliam mendedahkan menerima hak penjagaan kedua-dua anak mereka dan pihak Cik Epal telah menarik balik dan mahkamah juga telah menggugurkan kes komitalnya.

Sekadar info, Jofliam dan Cik Epal sah bercerai pada Oktober 2024 selepas mendirikan rumahtangga selama 10 tahun.

Lelaki itu kemudiannya berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Mei 2026.

Sumber: Threads