Cik Epal, Jofliam sah bercerai. '10 tahun hidup bersama, jodoh sampai di sini'
STATUS hubungan suami isteri pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam akhirnya terjawab apabila disahkan bercerai.
Perkara itu dikongsikan Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, menerusi laman sosial Instagram.
Reda ikatan suami isteri terlerai selepas 10 tahun, usahawan dan blogger itu menerima ketentuan ALLAH.
"10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-NYA. Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"Walaupun akhirnya tidak bersama, tidak bermakna semua kenangan itu sia-sia. Ini yang ALLAH takdirkan untuk kami.
"Di dunia ini tiada apa (yang menjadi) milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH tahu apa yang terbaik." kongsinya.
Teka-teki hubungan pasangan sejoli itu terdahulu menjadi bualan ramai susulan kenyataan Jofliam mendedahkan Cik Epal bukan isterinya lagi dan status hubungan akan disahkan oleh mahkamah.
Jofliam atau nama penuhnya Jofni Abu Bakar berkata segalanya bermula ketika beliau dan kakitangan Pizza Wagyu Jofliam terbang ke Jepun.
Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata memberi sokongan buat Cik Epal dan berdoa semoga pempengaruh itu terus kuat.
Sementara itu, Jofliam menerusi Insta Story berkongsi hantaran meluangkan masa dengan anak sulung mereka, Han.
"Talk man to boy untuk terakhir. Papa sayang Han, papa sayang Yuki," kongsinya.
Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang