‘Kalau tak ada talent, saya takkan letak’ - Liyana Jasmay dedah alasan pilih anak berlakon, bukan sebab ‘nepo baby'

Iklan

MENGARAHKAN anak sendiri di set penggambaran bukan tugas yang mudah, apatah lagi apabila perlu memastikan hubungan sebagai ibu tidak mengganggu tanggungjawab sebagai pengarah.

Situasi itu dilalui Liyana Jasmay ketika mengarahkan filem sulungnya, Pemuja Syaitan, yang turut menampilkan anak perempuannya, Selena.

Iklan
Iklan

Namun, peluang tersebut bukan diberikan semata-mata kerana Selena ialah anaknya. Liyana terlebih dahulu melihat minat, keberanian dan kebolehan anaknya sebelum mengambil keputusan untuk memberinya watak dalam filem berkenaan.

“Dia memang sudah berlatih berlakon dengan saya untuk drama-drama sebelum ini, tetapi hanya dua babak. Saya beritahu dia, babak dalam filem ini agak berat. Walaupun dua babak, saya tanya lagi sama ada dia betul-betul mahu,” katanya.

Iklan

Bagi membantu Selena membuat persediaan, Liyana turut mendapatkan bantuan pelakon Dee Al-Hadi yang membimbingnya sepanjang berada di set.

Iklan

Menurut Liyana, pengalaman itu juga menjadi penampilan pertama Selena dalam filem selepas sebelum ini hanya berlakon dalam drama.

Menariknya, cabaran bukan sekadar memastikan Selena mampu menghidupkan watak diberikan, malah Liyana sendiri perlu mengawal emosi ketika berdepan anak di lokasi penggambaran.

Mengarah anak sendiri, akuinya, ada masanya boleh mengundang rasa geram.

“Geram juga. Kita pula geram. Tapi dia okey,” ujarnya sambil berseloroh.

Tak semua anak mahu ikut jejak ibu

Liyana pada masa sama menegaskan dirinya tidak pernah memaksa anak-anak untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.

Malah, anak sulungnya, Sofia Arissa sendiri tidak menunjukkan minat untuk berlakon walaupun mempunyai kecenderungan dalam bidang tarian.

“Dia suka menari dan ada bakat dalam tarian, tetapi dia tidak ada lakonan itu,” katanya.

Berbeza dengan Selena, Liyana melihat ada minat terhadap lakonan dan mahu memberi ruang kepadanya untuk mencuba terlebih dahulu.

“Tapi untuk anak kedua, saya nampak. Jadi saya cuba dan tengok dahulu sejauh mana.

“Kalau betul-betul ini adalah satu benda yang dia suka, of course saya akan sokong,” katanya.

Namun, peluang untuk Selena berlakon tidak bermakna Liyana akan terus membenarkannya menerima semua tawaran produksi.

Buat masa ini, pelakon itu lebih selesa anaknya berlakon di bawah pengawasannya sendiri supaya dapat membina keyakinan dan pengalaman terlebih dahulu.

“Takut tiba-tiba dia tak perform, orang marah pula. Jadi biar dia berlakon dengan saya dahulu, training dulu.

“Once saya rasa dia sudah bersedia, mungkin saya akan lepaskan,” jelasnya.

Akui ada kelebihan sebagai ‘nepo baby’

Dalam pada itu, isteri kepada ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan turut mengakui anak kepada individu yang sudah mempunyai nama dalam industri sememangnya mempunyai kelebihan tertentu.

Namun, kelebihan tersebut tidak seharusnya membuatkan seseorang mengambil mudah peluang yang diberikan.

“Saya selalu ingatkan dia supaya bersyukur,” katanya.

Liyana juga mahu Selena memahami bahawa berada di set bukan bermakna statusnya sebagai anak kepada pelakon dan pengarah perlu diberi layanan istimewa.

Sebaliknya, dia mahu anaknya belajar bersikap profesional dan membuktikan kemampuan sendiri.

“Kalau you berada di set, you bukan anak saya. You adalah pelakon saya.

“So I do treat her as any of the other actors jugalah,” katanya.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan barisan pelakon filem Pemuja Syaitan. Filem betersebut menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul yang menghidupkan karakter utama dalam kisah penuh misteri tersebut. Turut menjayakan filem berkenaan ialah Rosdeen Subuh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay, Marsha Biddulph, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Aida Amron, Ellyza Azizi dan Dhabita Auji.