‘Terbanglah tinggi wahai anakku’ - Salina Saibi titipkan doa buat anak sulung, wajah seiras ibu curi perhatian netizen

Iklan

IBU mana yang tidak tersentuh melihat anak yang dibesarkan sejak kecil kini semakin hampir melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

Perasaan itu turut dirasai pelakon drama Gerak Khas, Salina Ahmad Saibi, apabila anak sulungnya, Farah Syakira, baru-baru ini diraikan dalam Majlis Apresiasi Tingkatan Lima 2026.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di media sosial, Salina meluahkan rasa bangga melihat perjalanan anak kesayangannya yang kini semakin dewasa, selain menitipkan doa dan kata-kata semangat buat anak perempuannya itu.

Iklan

"My beautiful Supergirl, you’ve grown into such a strong, brave and incredible young woman. Watching you finish school makes Mami and Daddy feel so proud, yet our hearts are a little heavy knowing that one beautiful chapter has come to an end," tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Salina mengingatkan Farah Syakira supaya tidak takut untuk memasang impian besar serta sentiasa percaya kepada kekuatan diri sendiri.

Iklan

"Go chase your dreams, my Supergirl. Fly high, fly far and make your mami & daddy proud," katanya.

Tidak berhenti di situ, Salina turut berkongsi satu lagi luahan penuh makna buat anaknya itu.

"Ke mana pun langkahmu pergi, ingatlah… doa, cinta dan kasih sayang mami daddy sentiasa mengiringimu," ungkapnya.

Salina juga mendoakan agar setiap perjalanan Farah Syakira selepas ini dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT.

"May ALLAH protect every step you take, open the best doors for you, and bless your journey with success, happiness and endless rezeki. Till jannah," tulisnya.

Lebih menarik perhatian, Salina turut menyelitkan bait lagu One Moment in Time nyanyian Whitney Houston sebagai pelengkap kepada luahan buat anaknya.

"Give me one moment in time, when I’m more than I thought I could be. When all of my dreams are a heartbeat away and the answers are all up to me," tulisnya.

Wajah seiras ibu

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran berkenaan turut dipenuhi ucapan tahniah dan kata-kata manis buat Farah Syakira.

Tidak kurang juga yang menyedari wajah anak-beranak itu kelihatan seiras, malah ada yang menyifatkan kecantikan Salina dan anaknya itu seperti adik-beradik.

"Mukaaaa sama dengan maknya.. cantik betul."

"Masya-ALLAH sama muka dengan maknya. Tahniah Kiera."

"Cantiknya Kiera, kakak dah besar. Jadi anak yang membanggakan."

"Beautiful, like daughter like mom."

"Ingat mak dia.. macam maknya betul-betul lawa, cantik. Semoga berjaya dunia akhirat."

"Cantiknya dua-dua... macam adik-beradik."

Ada juga pengikut Salina yang mengimbau kenangan ketika Farah Syakira masih kecil dan sering didukungnya ketika menemani ibunya.

Untuk rekod, Salina mendirikan rumah tangga dengan Azmir Osman pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Farah Syakira dan Farah Aqeela.

Buat Salina dan Azmir, detik tersebut pastinya menjadi antara momen bermakna untuk dikenang sebagai ibu bapa yang menyaksikan anak sulung mereka membesar daripada seorang kanak-kanak kepada seorang gadis yang semakin dewasa.

Semoga langkah seterusnya Farah Syakira terus diiringi doa, kasih sayang dan sokongan kedua-dua ibu bapanya.