'Rezeki ALLAH tiada siapa boleh menidakkan' – Rozita Che Wan imbau kelahiran Aaisyah ketika usia 42 tahun

Iklan

PELAKON Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini genap berusia 12 tahun.

Memuat naik foto usai bersalinkan anak bongsunya, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi kembali kenangan melahirkan anak bongsunya itu ketika berusia 42 tahun.

Iklan
Iklan

Menurut Che Ta, kehadiran Aaisyah menjadi pengikat kasih sayang antara dirinya dan suami, Zain Saidin, selain membawa kebahagiaan tersendiri dalam keluarga mereka.

Mengimbas kembali pengalaman tersebut, pelakon itu turut menyentuh mengenai pandangan segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk bersalin pada usia berkenaan.

Iklan

Namun, bagi Che Ta, rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT tidak mampu dinafikan sesiapa.

“12 tahun yang lalu, lahirlah pengikat cinta mummy dan daddy.

Iklan

“Walau ada yang mempersoalkan bersalin pada usia 42 tahun, tetapi rezeki ALLAH itu tiada siapa yang boleh menidakkan,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Che Ta menyifatkan Aaisyah sebagai individu paling istimewa dan manja dalam keluarga mereka.

Malah, anak perempuan tunggalnya itu bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian penuh daripada bapanya serta dua abang yang tidak jemu melayan kerenah si bongsu.

Biarpun mengakui Aaisyah seorang anak yang cerewet, mudah tersentuh emosi dan kuat cemburu, Che Ta tetap menyifatkan kehadirannya sebagai anugerah yang cukup bermakna.

Mengakhiri ucapan, pelakon itu menitipkan doa agar Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah selain menegaskan kesanggupannya melakukan apa sahaja demi kebahagiaan permata hati itu.

“Membesarlah menjadi anak yang solehah, sayang. You know Mummy would do anything for you,” katanya.

Sekadar info, Che Ta dan Zain bernikah ada 13 Disember 2013. Pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan Aaisyah di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Aktres jelita itu terdahulu memiliki dua cahaya mata lelaki daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, Aaisyah antara salah seorang anak selebriti popular yang sering mendapat tumpuan peminat dan warga maya.