Wow! Video muzik ketujuh BTS 'Blood Sweat & Tears' cecah 600 juta tontonan di YouTube

Iklan
Wow! Video muzik ketujuh BTS 'Blood Sweat & Tears' cecah 600 juta tontonan di YouTube

KALAU korang search di Internet berkenaan kumpulan K-pop BTS, pasti korang akan jumpa pelbagai cerita terbaru berkaitan mereka. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita yang dilaporkan media. Populariti mereka kini dilihat luar biasa.

Mereka pada asalnya dianggap sebagai kumpulan underdog beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Kini, usaha serta kejayaan mereka telah menjadikan BTS sebuah kumpulan bintang popular di dunia.

Iklan

Terbaharu, lebih mengejutkan, video muzik kumpulan K-pop BTS"Blood Sweat & Tears" telah berjaya menarik lebih 600 juta tontonan di YouTube, menjadikan ia video ketujuh yang mencecah tahap tersebut, lapor Yonhap memetik agensi pengurusan kumpulan itu pada Jumaat lalu.

Wow! Hebat bukan?

Iklan

Big Hit Entertainment berkata"Blood Sweat & Tears," lagu yang terkandung dalam album penuh kedua kumpulan berkenaan,"Wings," mencapai angka itu di YouTube sekitar 5 pagi Jumaat.

Ia menjadi video muzik ketujuh BTS yang mendapat jumlah tontonan popular di laman penstriman video dunia, menjejaki"DNA,""Boy With Luv,","Fake Love," dan"Fire" dan dua lagu lain.

Sejak dilancarkan pada Oktober 2016,"Blood Sweat & Tears" telah menerima populariti meluas, kerana menggambarkan konflik serta perkembangan remaja terhadap rentak dan irama Moombahton.

Album"Wings" menduduki tempat ke-26 di carta album utama Billboard 200, pada masa itu, yang merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai artis Korea Selatan untuk carta itu.

Jom kita layan video muzik dorang :