Covid-19: Bekas Presiden India meninggal dunia

Iklan

SELEPAS 21 hari disahkan positif Covid-19, bekas Presiden India, Pranab Mukherjee dilaporkan meninggal dunia semalam.

Menurut laporan agensi berita AP, mendiang dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan membuang darah beku pada otaknya lalu kemudiannya mendapati turut dijangkiti virus berkenaan.

Iklan
Iklan

Kematian Mukherjee disahkan anaknya, Abhijit menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.

Mendiang berusia 84 tahun merupakan Presiden India dari tahun 2012 hingga 2017 ketika Parti Kongres berada di tahun-tahun akhir tampuk pemerintahannya di India.

Iklan

Artikel berkaitan: Covid-19 mudah mutasi: Apa yang perlu anda faham!

Sebelum itu, mendiang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan, Pertahanan dan Hal Ehwal Luar dengan tiga Perdana Menteri berasingan.

Iklan

Semasa hayatnya, mendiang dikenang sebagai perantara dalam membantu menyelesaikan perpecahan sebelum pembentukan kerajaan campuran.

India kini berada di kedudukan ketiga di dunia sebagai negara dengan jumlah kes tertinggi iaitu 3.6 juta kes akibat Covid-19 dengan 2.83 juta pesakit telah sembuh dan 65,435 kes kematian direkodkan.

Pada masa sama, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengesahkan bahawa vaksin Covid-19 buatan tempatan akan menjangkau setiap penduduk berjumlah 1.4 bilion orang.

Sama-samalah kita berusaha perangi wabak Covid-19 dengan mengamalkan segala saranan yang diunjurkan oleh kementerian agar dunia 'bebas' dengan virus berkenaan.