SELEPAS mengalami sesak nafas selama dua hari, Zaeed Quachtooni akhirnya dibawa ke hospital.
Ibunya, Amani Quachtooni tidak menyangka bayinya yang berusia dua tahun itu sesak nafas berpunca daripada kacang tanah yang tersangkut pada paru-paru.
Menurut laporan Gulf News, ia dikeluarkan selepas budak itu menjalani prosedur bronkoskopi di sebuah Hospital Medcare, Al Safa, Dubai.
Sementara itu, seorang doktor, Dr Muhammad Jabbr, yang bertugas di Hospital Medcare, Al Safa turut berkongsi pengalaman berkata, ibu mangsa memberitahu anaknya sesak nafas dan mengalami batuk yang teruk selepas makan kacang.
Beliau berkata, ibu bapa terbabit kemudian merujuk anak mereka kepada Dr Jabbr.
Artikel berkaitan: Covid-19: Kes mencanak naik, Jakarta kembali lockdown
Dr Jabbr memaklumkan beliau kemudian melakukan pemeriksaan menggunakan prosedur bronkoskopi.
Sementara itu, ibu mangsa, Quachtooni berkata, anak keduanya itu gemar makan kacang.
Tetapi, pada hari kejadian, dia menunjukkan reaksi berbeza apabila tersedak dan batuk selepas menelannya.
Namun, esoknya, anaknya demam dan memerlukan paracetamol.