Boleh keluarkan wang KWSP untuk rawatan kesuburan

Iklan

Oleh: MEEN TAHRIN

ABANG Mat dan Kak Kiah sudah berkahwin hampir 10 tahun. Kehidupan mereka bahagia seperti pasangan yang lain. Namun mereka agak sedih kerana sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Iklan
Iklan

Abang Mat dan Kak Kiah pernah cuba untuk menjalani rawatan kesuburan, pun begitu kos untuk menampung rawatan tersebut mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, hasrat untuk meneruskan rawatan tersebut terpaksa dipendamkan sehingga wang mereka mencukupi.

Ini antara kisah yang mungkin berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Iklan

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa namun tidak dinafikan masih ramai pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan cahaya mata tetapi belum dikurniakan rezeki lagi. Ingin teruskan rawatan, belanja bukan murah.

Pun begitu, hasrat untuk menimang cahaya mata mungkin akan menjadi kenyataan apabila baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan memperluaskan Pengeluaran Kesihatan untuk pencarum membuat pengeluaran bagi membiayai kos rawatan kesuburan.

Iklan

Syarat Pengeluaran KWSP bagi tujuan rawatan kesuburan:

1. Warganegara dan Bukan Warganegara

2. Bawah umur 55 tahun

3. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2

4. Pasangan yang sah berkahwin dari segi undang-undang

Keperluan Tambahan

  • Kos perubatan tidak ditanggung oleh majikan sepenuhnya.
  • Penyakit ataupun perlatan perubatan haruslah yang diluluskan oleh KWSP.
  • Tidak mendapat rawatan alternatif
  • Rawatan kesuburan yang dibenarkan adalah: Intrauterine Insemination (IUI), In-vitro Fertilisation (IVF),Intracytoplasmic Sperm Injection (ISI)

Siapa Yang Layak Dibiayai

  • Diri sendiri
  • Pasangan anda

Kategori

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan

Apa Yang Anda Perlukan

  • Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Laporan Perubatan - Rawatan Kesuburan LPP-2

Artikel berkaitan: ‘Saving’ walapun RM1 sehari, siapa tahu duit itulah yang bakal jadi ‘penyelamat’ kita

Cara Permohonan

Cara membuat permohonan adalah dengan cara hadirkan diri ke pejabat KWSP berhampiran anda. Sebelum itu, anda kena pastikan dokumen seperti di bawah ini lengkap dan disediakan:

  • Kad pengenalan dan salinan
  • Buku Akaun bank / bukti nombor akaun bank (screenshot online banking)
  • Laporan perubatan dari institusi perubatan
  • Surat pengesahan majikan mengenai kos perubatan/ rawatan

Maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini boleh didapati di laman web rasmi KWSP.