Cabut gigi pesakit atas 'hoverboard', doktor berdepan hukuman penjara 20 tahun

Iklan
Cabut gigi pesakit atas 'hoverboard', doktor berdepan hukuman penjara 20 tahun

SEORANG doktor gigi dihukum penjara 20 tahun susulan tindakannya mencabut gigi pesakit sambil berdiri di atas 'hoverboard'.

Memetik laporan CNN, Seth Lookhart, 35, turut disabitkan atas 46 tuduhan pada Januari lalu termasuk penipuan bantuan perubatan, skim penipuan, amalan pergigian haram dan membahayakan.

Iklan
Iklan

Hukuman itu dikeluarkan oleh Jabatan Undang-Undang Alaska.

Iklan

Hakim Mahkamah Tinggi Anchorage, Michael Wolverton menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan penangguhan selama lapan tahun ke atas Lookhart pada Isnin lalu.

Ini bermakna Lookhart akan dipenjarakan selama 12 tahun dan dia juga tidak dibenarkan mengamalkan karier sebagai doktor gigi selama 10 tahun.

Iklan

Terdahulu, Lookhart meminta maaf atas tindakannya ketika membaca kertas pertuduhan.

Sumber : CNN