SEORANG pemuda yang dahulunya menganggap bahawa virus Covid-19 itu tidak masuk akal kini terbaring tidak berdaya di hospital kerana dijangkiti.
Dari katil wad hospital, dia memberi peringatan kepada semua orang dalam sebuah video.
Dilaporkan oleh Tribunnews memetik Metro, lelaki itu bernama Chris Grailey.
Chris juga menganggap dirinya kebal dan 'tak pernah kalah'.
Walau bagaimanapun, Chris sekarang ibarat kata-kata itu memakan diri sendiri.
Dengan menggunakan ventilator oksigen dan terbaring di katil hospital, Chris membuat satu video.
Pemuda berusia 29 tahun itu menceritakan dia jatuh sakit ketika bercuti di Kepulauan Canary, seminggu sebelum terbaring lemah di wad.
Dia mengakui sakit sepanjang percutian. Chris hilang selera makan dan bau serta banyak mengeluarkan peluh sejuk.
Artikel berkaitan: Pelakon Jepun, Yuko Takeuchi ditemui mati
Semasa dia pulang daripada percutian, keadaannya bertambah buruk. Chris dikejarkan ke hospital pada pagi Ahad, 20 September namun dibenarkan pulang pada malamnya dan menyangka
dirinya baik-baik saja. Ternyata, dia salah.
Chris sekali lagi dikejarkan ke hospital pada hari Selasa pagi, 22 September.
Dia segera dibawa ke wad Covid-19, di sebuah hospital di Watford, tempat dia bekerja.
Namun pada Khamis 24 September, Chris disahkan dan didiagnosis menghidap virus tersebut korona dan radang paru-paru akut.
Semasa dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, dia menggunakan empat antibiotik yang berbeza.
Dia juga memakai selang oksigen 7x24 jam steroid.
"Jadi sebelum anda berfikir untuk pergi ke pesta dan merasa kebal, fikirkan semula," kata Chris.
Kita masih belum menang. Patuhi SOP ditetapkan kerajaan.