Jamu selera cara alfresco dalam gelembung plastik trend baharu warga New York

Iklan
Jamu selera cara alfresco dalam gelembung plastik trend baharu warga New York

DI sebalik banyak laporan berita yang menunjukkan rakyat di New York, Amerika Syarikat melakukan protes terhadap penggunaan pelitup muka dan juga kurang meyakini ‘kewujudan’ serta ancaman Covid-19, masih ada ramai rakyatnya yang meminta pengusaha-pengusaha bisnes melakukan sesuatu demi memberikan perlindungan tambahan sepanjang tempoh pandemik.

Seperti yang dilaporkan Reuters, kehadiran gelembung plastik mula kelihatan di sekitar kawasan komersial di New York, sekali gus menawarkan ruang bernafas yang selamat dalam kapsul semasa menjamu selera di kafe-kafe alfresco.

Iklan
Iklan

Gelembung plastik tersebut yang hanya memerlukan masa seminit untuk dipasang atau dikemas menjadi tarikan di Café du Soleil di Upper West Side, Manhattan terutamanya ketika cuaca menjadi lebih dingin dan basah dalam musim luruh.

Iklan

New York kini komited menjadikan pengalaman menjamu selera di ruang terbuka seperti itu dikekalkan bagi ribuan restoran.

Iklan

Untuk memastikan pelanggan berasa hangat semasa musim luruh dan musim sejuk, pihak berkuasa bandar raya membenarkan pemilik restoran menggunakan alat penghangat tertentu dan khemah yang tertutup.

Restoran juga sudah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 25 peratus di bahagian dalam.

Gelembung plastik itu menarik minat pemilik Café du Soleil, Alain Chevreux pada Julai lalu ketika dia memantau produk dalam talian, sewaktu memikirkan cara untuk terus bertahan dalam perniagaannya.

Memandangkan kapasiti tempat duduk bahagian dalam yang terhad, Chevreux berkata, 20 tempat duduk itu tidak cukup bagi membayar gaji tukang masak dan pelayannya.

Sejumlah 15 gelembung yang dibeli Chevreux menyelamatkan bisnesnya. Pada harga AS$400 (RM1,670) seunit, penggunaannya di luar restoran menambah pendapatan.

Mampu memuatkan enam orang pada satu masa, pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Reuters