Bapa diserang sakit jantung lepas ajar anak tak faham jawab soalan Matematik

Iklan
Bapa diserang sakit jantung lepas ajar anak tak faham jawab soalan Matematik

SEORANG bapa pengsan akibat diserang sakit jantung selepas tertekan mengajar anaknya subjek Matematik.

NY Post melaporkan, kejadian yang berlaku di China itu terjadi selepas Liu dikatakan membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah.

Iklan
Iklan

Setelah melepaskan amarahnya, Liu tiba-tiba rasa sakit pada dada dan sesak nafas, lalu pengsan dan dikejarkan ke hospital Shenzen untuk pemeriksaan lanjut.

Iklan

Doktor mengesahkan Liu diserang sakit jantung dan saluran arterinya sudah tersumbat.

Pasukan perubatan turut percaya, serangan jantung itu adalah disebabkan tekanan yang dialami oleh lelaki itu ketika membantu anaknya menyelesaikan kerja sekolah.

Iklan

Sakit jantung merupakan penyebab kematian utama dikebanyakkan negara di dunia.

Justeru, makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Menurut Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu, B Nithyawathi, makanan yang baik supaya jantung sihat adalah makanan beroat, salmon, avocado, minyak zaitun, kekacang, beri, kacang pis, bayam, biji rami dan kacang soya.

Oleh itu, masih belum terlambat lagi untuk kita pilih makanan yang bagus untuk jaga kesihatan jantung.