[VIDEO] Tersenyum sampai tersembur air kerana teruja dapat bercakap artis pujaan tetapi rupanya...

Iklan
tiktok

TREND aplikasi Tiktok ternyata menjadi ikutan semua orang khususnya anak muda bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

Apa yang menarik, platform itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata malah, ada yang kreatif menggunakan Tiktok untuk menjana pendapatan melaluinya.

Iklan
Iklan

Antaranya dengan melakukan perniagaan dalam talian atau rebiu produk berbayar.

Namun, seorang jejaka yang merupakan pemilik akaun Otakoyakisoba berbeza daripada pengguna lain.

Iklan

Beliau telah memuat naik gelagat ibunya yang naif dan sporting dalam Tiktok.

Iklan

Kisahnya yang suka prank ibunya benar-benar memang mencuit hati lebih-lebih apabila diusik dengan artis yang disukainya yang kononnya mahu FaceTime.

Menariknya, si ibu setia melayan karenah anak lelakinya tanpa menyedari ia hanyalah usikan.

Paling tidak tahan apabila mukanya teruja apabila anaknya dapat 'berkawan' dengan penyanyi terkenal dunia, Justin Bieber.

Sedangkan pada hakikatnya, Justin yang dimaksudkan hanyalah bekas kawan sekolahnya.

Alahai lucunya bila mak-mak ni rupanya meminati artis terkenal dengan lagu Baby dan Yummy itu.

Tak terhenti setakat itu sahaja, riak muka si ibu dilihat terlalu teruja apabila melihat wajah pelakon Marvel, Chris Hemsworth yang disangka sedang FaceTime sehingga tersembur air yang diminumnya.

Memang lucu perwatakan ibu ini yang dikenali sebagai Mama Lulu. Banyak lagi video lain yang dikongsikan dalam media sosial lelaki itu sebagai hiburan.

Lagi-lagi video mengenai teka nama artis dan lagu. Siap menyanyi lagi dengan bahasa Tagalog, memang arif sungguh Mama Lulu yang mengenali semua artis antarabangsa tersebut.

Fuh...kebanyakan video yang dimuatnaik Otakoyakisoba menerima tontonan lebih jutaan penonton. Hebat.

Barangkali apa yang dilakukan remaja itu adalah untuk menghargai ibunya yang sangat disayanginya selain menghiburkan hati wanita itu.

Mungkin juga Otakoyakisoba dan ibunya mahu mencipta dan merekod kenangan bersama-sama untuk dikenang pada masa akan datang. Syabas Otakoyakisoba!