Covid-19: Dulu tarik bagasi, kini tolak tong gas

Iklan
pra

SEJAK pandemik Covid-19 melanda seantero dunia penghujung tahun lalu banyak sektor ekonomi terjejas teruk.

Industri penerbangan penumpang misalnya, antara sektor mengalami kejatuhan melampau berikutan gelombang virus terbabit yang sehingga kini masih belum menemui sinar penyelesaian.

Iklan
Iklan

Akibatnya jutaan kakitangan dalam industri penerbangan terpaksa diberhentikan kerja ekoran hasil penumpang yang semakin merosot.

Inilah situasi pahit ditelan oleh Maurice Maureen Avila yang mana kisahnya tular dalam media sosial baru-baru ini. Beliau merupakan salah seorang pramugari Syarikat Penerbangan Cebu Pacific di Filipina yang terlibat dalam proses diberhentikan kerja (retrenchment).

Iklan

Jika sebelum ini wanita cantik itu mengatur langkah penuh bergaya dalam persalinan uniform rona kuning dan biru sambil menarik beg, namun kini berbeza. Putaran hidupnya ibarat jauh panggang dari api.

[caption id="attachment_24578" width="1024"] PENAMPILAN Avila dalam dua 'uniform' berbeza. Diberhentikan kerja kerana pandemik sedikitpun tidak mematahkan semangatnya melakukan pekerjaan baharu demi kelangsungan hidup.[/caption]

Iklan

Bagaimanapun, anak kelahiran Filipina tersebut berlapang dada dengan keadaan menimpa. Situasi perit itu sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang demi kelangsungan hidup.

Menerusi laman sosial Facebook peribadi, Avila tanpa segan silu berkongsi foto beliau menyarungkan 'uniform' baharu. Tiada lagi dandanan sanggul dan aksi menarik bagasi kerana kini dalam fasa baharu Avila bekerja menjual tong gas petroleum cecair (LPG).

Malah, beliau juga hilang semangat selama dua minggu kerana tidak percaya perkara seumpama ini berlaku sekelip mata.

Direkodkan, berdasarkan data Jabatan Buruh dan Pekerja sejak bulan September lalu seramai 180,000 rakyat Filipina kehilangan pekerjaan disebabkan penularan pandemik terbabit.

Sumber: Facebook Maurice Maureen Avila, gmanetwork.com