Ayah faktor kejayaan Khabib kekal rekod menang tanpa kalah sebanyak 29 kali

Iklan
Ayah faktor kejayaan Khabib kekal rekod menang tanpa kalah sebanyak 29 kali

HARI ini warganet dan peminat sukan tempur heboh bercerita mengenai berita persaraan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.

Selepas kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada aksi UFC 254 awal pagi tadi, dalam keadaan penuh emosi, bintang MMA itu mengumumkan persaraannya daripada sukan tersebut.

Iklan
Iklan

Iklan

Keputusan itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk pencabar utamanya Conor McGregor.

Walaupun McGregor dan Khabib sering dilihat bersengketa sejak pertembungan mereka pada UFC 229 lalu, namun itu hanyalah sewaktu mereka di ‘arena’ pertarungan.

Iklan

Jaguh dari Ireland itu menerusi ciapan di Twitternya memuji persembahan Khabib sambil mengucapkan takziah sekali lagi kepada Khabib atas pemergian bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Menurut rekod, ini kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.

Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menewaskan berjaya Conor McGregor dalam aksi UFC 229.

Keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight itu melebarkan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.

Seperti ramai sedia maklum, Khabib Nurmagomedov sering dilihat ditemani ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov yang merupakan mentor pribadinya.

Abdulmanap juga merupakan salah satu faktor penting dibalik kejayaan Khabib mempertahankan rekod tanpa kalah sebanyak 28 kali sebelum ini.

Namun, Abdulmanap dilaporkan telah meninggal dunia pada awal Julai lalu karena mengalami komplikasi akibat Covid-19.

Jurulatih legenda itu menjalani rawatan di hospital Moscow lebih seminggu berikutan mengalami serangan jantung selepas disahkan menghidapi virus pandemik tersebut.