Haram bermain PUBG di Aceh, ulama gesa hukuman sebat di khalayak ramai 

Iklan
1Haram bermain PUBG di Aceh, ulama gesa hukuman sebat di khalayak ramai 

SEIRING dengan kemajuan dunia teknologi serba canggih hari ini, legasi permainan video juga telah berevolusi semakin ke hadapan.

Kita tidak perlu lagi membeli set konsol yang perlu disambungkan ke televisyen seperti Playstation, Nintendo atau X-Box untuk bermain permainan video, apa yang perlu hanyalah sebuah smartphone.

Iklan
Iklan

Dengan smartphone, kita boleh memuat turun aplikasi video games yang ingin dimain dan modal yang diperlukan hanyalah sambungan internet atau wi-fi sahaja.

Disebabkan itu, golongan remaja yang mungkin masih belajar dan belum bekerja sangat gemar mengisi masa lapang dengan bermain permainan ini bersama rakan-rakan mereka.

Iklan

Antara permainan video dalam talian yang semakin digemari sehingga hari ini adalah Player Unknown's Battlegrounds (PUBG).

Namun, di Aceh, Indonesia, golongan yang aktif dengan permainan dalam talian PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam.

Iklan

Memetik laporan portal Indonesia Kompas.com, Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian berkata, setiap pemain PUBG dan yang berkaitan, mengandungi unsur-unsur kekerasan atau peperangan dianggap haram.

Pada Jun 2019, Majlis Ulama Aceh mengeluarkan fatwa bahawa permainan PUBG adalah haram.

Fatwa tersebut dikeluarkan kerana permainan PUBG didakwa banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

PUBG juga dikategori sebagai permainan yang sarat dengan unsur kekerasan dan peperangan sehingga dikhuatiri menjejaskan akhlak dan psikologi golongan muda yang kini dilihat semakin taksub dengan permainan video tersebut.

Meskipun PUBG diharamkan dan belum ada sebarang pelaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat, namun Teungku Abdurrani menegaskan, pemerintah Aceh sebetulnya sudah boleh melaksanakan hukuman berkenaan.

[caption id="attachment_25138" width="1024"] PUBG didakwa mengandungi unsur-unsur kekerasan dan peperangan yang dilihat kurang sesuai bagi golongan muda yang mudah terpengaruh.[/caption]

Sehubungan itu, Teungku Abdurrani berharap pemerintah Aceh segera merealisasikan fatwa tersebut agar pemain PUBG atau sejenisnya dikenakan hukuman sebat bersesuaian dengan Kanun (Perda) Nombor 6 Tahun 2014 tentang Hukum Jinayat.

Dalam masa sama, beliau juga meminta Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat agar turut mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Aceh berhubung pengharaman PUBG sebelum ini.

Ulama-ulama di Aceh juga berpendapat, permainan-permainan yang ditampilkan dalam video dalam talian itu lebih banyak menawarkan kerugian berbanding kebaikan.

Permainan PUBG juga didakwa mampu menyebabkan para pemain menjadi ketagihan selain menyebabkan mereka terpengaruh dengan tingkah laku kekerasan.